Tuesday, September 4, 2012

Mak yang risau!



Mama dah start rasa butterflies in the stomach!.. Insyaallah next week Sept 11 (Tue), Imraan akan sit for UPSR sehingga Khamis.  But Imraan mommy tengok relax je tak pressure mcm mommy :).  Ayah since semalam pulak menghadapi peperiksaan akhir his Sem III. Doa moga ayah dpt menjawab dgn lancar despite all the kesukaran ya ayah. Mommy cuma dpt doa dari jauh je.

The next is Abid yg akan sit for his UPKK exam next month. Mama juga doa agar Abid dapat buat yang terbaik. At this stage both of you kena banyak latihan and familiar with past yrs questions.

Moga anak2 mama dapat menjawab peperiksaan dengan tenang. Mama tak expect too high cause what's important ialah anak2 mama faham apa yg dipelajari buat bekalan hidup di masa akan datang. Your future lagi mencabar, sometimes ilmu akademik sahaja tak cukup, that's why problem solving sekarang membantu untuk buat decision. Your soft skills akan bantu utk move on. Belajar adab, aqidah, tawhid buat kekuatan iman dan ihsan seiring dengan kejayaan hidup. Jangan pisahkan itu semua.

Ok... all the best anak2 ku... Mama doa yang terbaik untuk kalian..!


Monday, August 27, 2012

Setahun berlalu....

Sedar tak sedar, dah genap setahun juga blog ni ditinggalkan sepi tak berpenghuni. And everytime nak update juga, i noticed that always musim raya. Alhamdulillah dipertemukan lagi raya kali ni. To cut story short.. raya, as always, busy with ziarah menziarahi dan menerima kunjungan. Alhamdulillah barakah bertambah2 rasanya tahun ini despite all the ups and downs, still diberi kesempatan meraikannnya dgn insan2 tersayang.

Tahun ni raya blk kg di batu pahat at my sil and alhamdulillah eventhough balik on the raya eve tu cuma 3 family (me mcm biasa selalu la lmbat smpai since ambil kesempatan morning to settle rumah dulu). The kids terlebih excitednya nk balik kampung almaklum dh lama tak balik due to our busy schedule.

So on first raya, mcm biasa after solat raya, we ke rumah hb's aunties and uncles yg setahun sekali jumpa itu :). I guess the pics below explain.


ada few groups yg sibuk berbual sbb lama x jumpa

hb x sabar jmpa rendang, ketupat, lodeh etc..kat umah arwah nenek

satay and all at rumak pakcik

 apa tu wak? hehe makan2 kuih at rumah pakngah

another version of rendang tok at maklong's house (palong 8) on raya ke2

 sblm tu bergambar dulu se family :)

sil family with their latest addition 'pengantin  baru' kak athi and abg mamat :)
 
 another new latest addition lovely 'Yusuf'..cik ana happy melayan her new bundle of joy!

 aqiff bengang iman asyik kacau dia :)

Alhamdulillah sihat nenek stay with maklong


auww...happy sgt tu.. :P

di kejauhan...sempat posing kat tingkap antik umah arwah atuk (nyai).


Alhamdulillah, begitulah kira2nya raya dikampung hb.. memang meriah.. siang bawa ke malam, malam bawa ke siang (well i guess semua pun celebrate camtu kan?).  Eventhough hari merai kemenangan cuma on 1st day of Syawal, but alhamdulillah with the budaya kunjung mengunjung & bermaafan ni lah make us closer walau setahun sekali jumpa. Anak2 pun blh kenal sedara mara since the normal days busy with schools etc.  That actually keeps us looking forward prepare for hari raya kan?  

On the 3rd raya only we back to Melaka (my home sweet home) utk completekan ziarah ke rumah uncles and aunties pula fr my side. But x smpat take photos raya in melaka la since cameraman (nephews) sume fr hb's side. Hb dah start kerja on raya ke-4 so myself and anak2 just took our own sweet time lepaking and resting at home je while menerima pula kunjungan budak2 to my house since we live in quite traditional village so msh ramai la budak2 (wpun rasa x kenal pun) datang nk 'kumpul' duit raya :) Teringat zaman kecik2 ronda seluruh kg dgn adik beradik macam tu.... rindu nya...

K la...stop rambling raya.. today dh start kerja.. so life back as normal routine. Tahun ni x buat kot open house since imraan nk exam (upsr) in 2 wks time.. so just memenuhi jemputan je la weekend ni kot.. insyaallah. 

K till we meet again.. bye.

Tuesday, September 20, 2011

Tarraa...

Hi..Assalamualaikum,
Tiba-tiba today rasa nak jenguk 'rumah' ini yang agak lama juga aku tinggalkan and when i read the last story mory is on last raya update. Sampai sekarang ni pun baru je abis raya :). Setahun dah rupanya...

Alhamdulillah, betul2 setahun berlalu, dipanjangkan usia, sihat jumpa lagi kita di sini after sekian lama menyepi.

Ok enough for today as mukaddimah, I still need to adjust my mojo back insyaallah bertemu lagi in a short time ya!

Semoga tak terlambat, Selamat Hari Raya!

Monday, October 11, 2010

Updates

It's been long time to update since puasa hari tu. Dah lepas Syawal dah pun.

1. Updates on Raya
- Alhamdulillah, raya pertama kt Melaka, then head to Palong (to visit MIL) since kak ipar jaga dia di sana. Second day of raya terus ke Batu Pahat to visit hubby's relatives. Overnight sana and raya ke tiga balik Melaka meneruskan kehidupan....menerima kunjungan tetamu kawan2, saudara mara.. sempat buat few mini open houses utk mereka2 yg berkunjung (if mana2 yg janji awal2 la...). Antara menu utama - mee rebus (jawa version), satay (oda saja), laksa johor, spaghetti (bolognese version) dan lain2 lagi (tak ingat). Alhamdulillah seronok sangat2 menjamu kawan2.

2. Updates on Tadika Sinar Iman
- Disebalik2 kesibukan raya/puasa sempat juga gi ssm daftar, gi jab. pelajaran dpt recommendation letter, dapat sign tenancy agreement with landlord. Sempat finalise bunting, banner utk promotion, sempat finalise uniform, books (semua akan sampai by Dec.), finalise classrooms/playground equipments, finalise tuition fees, jadual, etc. etc. masih banyakkkk lagi nak di finalise... ya Allah moga diberi kekuatan dan kelancaran...

3. Updates of office work
- Tengah busy sesangat with EAC visit preparations... macam2. Juga ya Allah, moga diberi kekuatan dan kelancaran... (alhamdulillah ada staff yang sangat2 membantu).

Apa pun... disebalik kesibukan2 itu... life must go on... semoga Allah merahmati perjalanan hidup ini dan pilihan2 yang aku dah pilih. Moga dapat keberkatan...

Friday, September 3, 2010

Putus Sudah Kasih Sayang

Sedih sungguh kan bunyinye tajuk di atas tu. Hati aku sekarang sayu semacam je... tambah-tambah nak raya ni. Bukan apa... since last 2 weeks anak-anak ku kini tidak lagi berada di bawah jagaan pengasuh diorang yang mesra dipanggil Ibu. Sedey weii... Sian anak-anakku. Diorang lagi sedih tak dapat lagi belaian kasih Ibu since mereka memang close dan manja sangat2 dengan ibu. Iman especially asyik merayu-rayu minta dibawa ke rumah Ibu. Aihh... sekarang ni tiap-tiap pagi dalam dilema coz kena softly pujuk dia tinggal rumah nenek. Bukan sebab dia tak nak tinggal dengan nenek (which dia selalu nak pegi pon kalau ada ramai2), tapi sebab for her dah macam satu sistem routine that bila mama kerja, dia stay kat rumah Ibu. Dilema betul la...

Story pasal Ibu, dia kebelakangan ni tak sihat sejak menjalani operation hari tu. Kena banyak rest and tak boleh renyah2. So nak menjaga Iman tu amat la tak possible dengan keadaan dia sekarang. Lagi pun dia nak prepare kesihatan sebelum ke Mekah (insyaallah) by October ni.

Nak cerita tentang how aku mula kenal ibu. Ingat lagi last 10 years, masa tu aku tengah pregnantkan Imraan. Dah nak dekat due jugak masa tu tapi belum jumpa satu pengasuh pun untuk bakal baby ku. Masa tu satu pagi aku dan hb gi breakfast kat satu kedai ni dan kebetulan terjumpa kawan lama dia. Kawan dia ni pula baru je pindah dari rumah yang disewa dari tuan rumah ni iaitu Ibu ni lah dan keluarganya. So dia pun bagitau latar belakang Ibu serba sedikit ttg Ibu yang pernah juga mengasuh budak dan entah macamana aku rasa ada chemistry pulak walaupun belum jumpa pun. So i follow my instinct. Maka weekend tu teruslah kami gi rumah Ibu. Mula-mula introduce kami ni kawan si *** yang duduk rumah tu dulu. So dia ajak masuk dan kami pun berbual lah sebelum menyatakan hajat datang ke situ. Tapi Ibu tak katalah setuju terus. Dia tanya je bila waktu aku dijangka bersalin. So kami pun balik lah. 14 July 2000, aku bersalin kan Imraan. Masa ni aku cam tak fikir langsung siapa akan jaga baby bila aku dah habis cuti bersalin nanti. So aku menjalani hari berpantang dengan tenang hingga satu hari dapat call dari Ibu. Dia tanya aku dah bersalin ke. So aku pun bual2 dengan dia serba-sedikit. Masa tu dia still tak kata setuju nak jaga lagi. Dia cuma suruh datang rumah je bila dah habis pantang nanti jalan2 bawa baby. So lepas pantang aku bawa lah baby gi visit rumah dia. Masa tu ingat lagi semua anak2 nya ada masa tu early teens lagi anak2nya. Diorang seronok betul main2 dengan baby. Aku pun sukalah. So kami bual2 and sampai masa balik baru dia tanya bila start kerja dan terus kata "ha nanti hantar je anak sini" Masa tu ya Allah bersyukur sangat2 sebab dia setuju jaga anak ku. Ye lah nak cari somebody yang kita rasa trust dan tengok dia ikhlas sangat nak jaga.. bukan senang kan zaman ni. Sampai kan aku tanya berapa nk bayar sebulan pun dia kata terpulang kat kitorang. Sejak itu bermula lah relationship kami yang dah macam saudara bagi ku. Sebabnya family Ibu ni memanggg sangat2 penyayang la.

Since year 2000 anakku bertambah year after year semua dia jaga (bukan setakat jaga tau.. belai, didik, asuh.. ). Alhamdulillah aku sangat2 menghargai mereka sekeluarga. Almost every month ada je baju2 ke, toys ke untuk anak2 ku. Dia tahu apa yang anak2 ku suka dan tak suka yang kadang2 aku pun tak tau. Dari Imraan, Abid, Kausar dan Iman, dia tau segala ciri2 diorang. Weekend pun kdg2 call tanya anak2 makan apa, dah mandi ke belum, tengah buat apa. Tu yang buat aku sedih sangat2 sekarang bila dia dah tak dapat nak jaga lagi.

Bayangkan Iman masih dimasukkan buaian if nak tidur, anak2 semua bab sekolah agama petang jangan cakap, siap duit poket dia bagi, air dia sediakan siap ikut flavour yang masing2 suka - lain2 jenis lak tu. Makan lagi jangan cakap la. Pantang anak2 ku sebut je, mesti dimasak. Yang paling sedih Iman la sebab dia cuma dapat lebih kurang 4 tahun je dibelai Ibu compared tu yang lain2. Sedih sangat bila tengok airmata Iman meleleh pagi2 nangis nak Ibu. Aduhai.. aku pun jadi sedih dibuatnya. I know every mom pun mesti rasa macam ni kan kalau pengasuh yang anak kita sayang sangat2 dah tak dapat nak jaga lagi. Of course, relationship bagai saudara ni aku takkan putuskan la sampai bila2. Insyaallah aku akan jaga dan make sure anak2 aku treat Ibu macam ibu kandung jugak sampai diorang dewasa nanti Insyaallah. Takkan aku lupa jasa Ibu. Uwwaa... time aku taip ni pun air mata dah bergenang ni. Sedih sangat!.

Aku doakan moga-moga Ibu cepat sembuh dan selamat menunaikan Haji. Dan mudah-mudahan balik Haji nanti (aku selalu doa ni) dia call aku satu hari dan cakap "ida, hantar la budak2 sini esok". Uwwaa... boleh ke camtu? Aku pun serba salah aku tak sampai hati gak tengok dia tak sihat dan tau dia perlu prepare untuk ke Tanah Suci. Ya Allah.. permudahkanlah segalanya.

To Ibu, jasamu sangat2 dihargai. Hanya Allah yang boleh membalasnya. Moga Ibu diberi kesihatan yang baik, selamat pergi dan balik dan semoga mendapat Haji yang mabrur nanti. Amin...

Sedihnya....