Showing posts with label Kek. Show all posts
Showing posts with label Kek. Show all posts

Sunday, February 15, 2009

Kek Pisang

Hari ni anak2 ku takde rumah sbb ikut mak sedaranya (adik aku) gi tgk movie 'gang'. Aku pun dah keboringan ya amat sbb sunyi sgt tinggal berdua ngan si kecik iman. So apa lagi aku pun wat kek pisang le utk minum petang. Kang diorg balik takde la kelaparan sume (tup2 diorg balik sat tadi sume kekenyangan hehe makan masak asam pedas kt umah neneknye). Aku guna resepi kek pisang dari kak ipar aku (mmg selalu guna resepi dia ni sbb sgt simple). Kebetulan gak smlm hb beli pisang, aku korbankan ler 2-3 biji wat kek nih. Meh kukongsikan resepi tradisi org kampung nih...

Bahan2:
1 cawan pisang - lenyek (aku guna pisang berangan)
1 cawan minyak masak
4 biji telur
1 1/2 cawan gula kasar
1 camca teh bikarbonat of soda
1 camca teh garam
2 1/4 cawan tepung gandum

Cara2 membuatnya:
1. Pukul telur dengan gula
2. Masukkan minyak masak
3. Masukkan pisang lenyek
4. Masukkan soda bikarbonat
5. Masukkan garam
6. Masukkan tepung sedikit demi sedikit
7. Bakar dalam pre-heated oven suhu 180 degree celcius selama 45-50 mins
8. Dah siap!

Wednesday, February 11, 2009

Carrot Cheese Cake

Feel like baking hehe.. buat cake ni last weekend utk santapan seisi keluarga. Saja nk habiskan lebihan carrot dan topping yg masih ada takut lama sgt nnti trus expired. Lupa amik resepi ni dari mana tapi memang senang banget membuatnya. Cuba lah.

Bhn2 & cara membuat:
2 cwn tepung
2 cwn gula
1 teaspoon baking powder
2 teaspoon cinnamon grd
1/2 teaspoon salt
Sume ni gaul (jgn guna electric mixer)
Kemudian tambahkan 2 teaspoon esen vanilla dan 4 biji telor
Lepas tu masukkan 1 1/2 cwn minyak (masuk slow2 jgn smpai cair sgt adunan)
Lepas tu masukkan 3 cwn grated carrot
Kacau and bakar dlm pre-heated oven pd suhu 175 degree celcius selama 45-50 mins bergantung kpd oven anda!
Utk topping lak masukkan 1 buku butter (250g) + 1 buku creamcheese (250g) + 2 cwn icing sugar, kacau sebati smpai ringan then baru topping atas kek (tunggu kek sejuk dulu)
Wokeh, selamat mencuba.

*sorry quality gambar tak memuaskan pasal guna camera hp jek.

Monday, January 19, 2009

Marble Cake for Breakfast

Esok breakfast kek aje! Hehe tp belum sempat tunggu esok, suku dah abis ni anak2ku makan. Ikut resepi african marble cake oleh tulip di myresepi.com. Walaupun kureng terserlah ke'marble' annya, namun kek mmg cukup gebu dan mantap hihi... Memang senang adunannya main masuk2 je. Ringkas and yet sedap. Cukup la ni siap sekali bekal anak2ku esok. Mmg seminggu dua ni sume mintak bekal pasal nak kumpul duit beli toys. Ceh!
atas je ada lorek tak sampai ke dalam pulak coraknya

Thursday, January 1, 2009

My very first cuppies

Buat cuppies ni sempena birthday hb 30 Dec hari tu. Projek ni dah tertunda agak lama...hehe kebetulan cuti tahun baru hari ni so aku pulun arr sorang2 kt dapur.Mula2 ingat nak buat kek biasa, tp konon2 nak try lain pulak, so aku buatla cupcakes ni. Tapi aku tukar jadi muffin plus decorate toping buttercream. Tengok la hasil kerastangan ku ini. Aku pakai toping butter+creamcheese+icing sugar je. Mmg rich betul rasa creamcheese nya. Ignore je la rupa2 decoration yg tak berapa jadik tu eh. Budak baru belajar hihi... Yg penting hb and anak2 enjoy. Selamat hari lahir ya dear. Semoga sentiasa dirahmati Allah.

Lepas solat isyak ni mata pun dah berat dah ni...nak babam dulu eh...


Wida' hijrah 1429
Marhaban hijrah 1430
Wida' masihi 2008
Marhaban masihi 2009

Wassalam.

Monday, December 15, 2008

Moist Chocolate Cake

Ni request dari anakku abid. Ntah apa mimpi tiba2 mintak mama buat chocolate cake. Sebelum ni pernah buat tp tanpa topping. Tapi kali ni nak bagi more impressive and attractive, aku rajinkan diri wat topping chocolate. Mmm...mmg moist, sedap! Anak-anakku sampai request nak makan banyak kali walhal buat utk minum petang, tapi sampai ke malam nak makan choc. cake. Takpe la yang penting dia nak makan. First time gak tengok hubby seronot makan choc. cake (dia ni mmg susah sket nak makan food yg manis2, tp this time betul2 dia mengadap! tenkiu dear...!). Kek ni bakar, nanti lain kali yang wat yg version kukus punye.