Showing posts with label Roti. Show all posts
Showing posts with label Roti. Show all posts

Monday, February 2, 2009

Roti Arab Kari Ayam

First time makan roti arab ni masa visit birasku Kak Ana dan anak2nya masa cuti tahun baru cina hari tu. Sedapp! Makan roti ni cicah ngan kari ayam. Tengok anak2 ku berselera sekali makan kt umah untienya. Cik hb lak request suh buat lagi. Aku pun intai2 resepi dari myr dan jumpa resepi yg paling mudah ni dari sofinar. Buat utk breakfast semalam. Hehe tapi dia punya naik kembung aku punye ni ha masa kt dlm kuali kembung jek tp kempis lak lepas kuarkan dari kuali. Tapi apa pun rasanya best dan lembut wpun sampai ke petang. Kenyang anak2 makan sblm gi tuition. Kebetulan pulak mertua tak sihat so berangkut bwk balik kampung la dan jadi santapan ipar yg kt kampung tu lak. Ambik berkat ye tak.

Sunday, January 25, 2009

Roti Lapis Berdaging

Roti berlapis daging ni ku buat as breakfast tadi. Ni sebenarnya rancangan tergendala dari malam tadi. Tengah tumis2 inti daging ni ada power trip pulak kat rumah. So siap masak inti aku simpan je dlm peti ais (waktu aku simpan ni aku lupa lak peti ais pun sama la tak function ms trip ni) . Dah tu tak leh nak guna oven. Tu yg sambung buat utk breakfast. Alhamdulillah mmg meal yg mengenyangkan. Nk masak lunch pun mcm sume dah kekenyangan hehe.. tengok la lewat sikit la kot masak. Amik resepi ni dari hana punye blog (sokmo amik sini). Resepi hana dpt dari myr katanya. Cuma aku tak letak cheese tiap lapisan mcm hana letak. If nak cuba leh amik resipi sini.

Aku ni sdg duduk bergoyang kaki jek ni (hihi) sbb ada maid datang kemas rumah (pinjam kaklongnye maid). Bestnye jadik cik puan ni ek rupanya... Tp tak la sume dia buat. Aku suh yg aku tak mampu buat je (dgn kata lain - tak rajin) mcm lipat baju yg berbakul2 tu dan susun accordingly. Tu mmg aku fail la.

K nak kuar jap amik anak2 ku balik tuition.

Monday, December 22, 2008

First Roti Nasi

Aktiviti hari ni main permainan baru ni beli utk kausar selepas dia merajuk tak dapat mainan ben10 mcm abang2nya. Puas jugak la mencari disebabkan limitation of kedai yg dicari (hehe mama dia takde masa nk carik kat kedai2 lain). So beli mainan memancing ni kat Parkson je. Last2 mama dia pun main sekali! Mencabar gak (at least utk aku larr...) nak memancing ikan dalam keadaan base dia berputar tu. Nak mengajar aku lebih fokus! :P.
Malam pulak buat roti nasi ni untuk breakfast esoknya. Tapi siap je separuh dah jadi supper utk cik hb pasal tetiba tgh malam dia lapar lak. Abisla nyonya jual roti pasni dah tak leh niaga kata cik hb ku hehe...isyarat sedap la tu kot roti tu :). First time buat roti nasi ni not so bad la pada pandanganku. Resepi amik dari kenalan cyber, hana.