Atas permintaan bonda tercinta..ku buat ketupat sotong ni utk santapannya hehe... Bukan apa mak first time makan ni masa gi kenduri rumah jiran, hmm sedap katanya tapi pepaham la kan makan kenduri takkan mcm makan wat sendiri. So mak mintak la aku carik resepinya dan cuba buat. Carik punya carik... (ceh lama nau carik, padahal busy je anak dia nih), ku jumpa resepi ni dari fotopages hanieliza. Cuba buat semalam dan Alhamdulillah menjadik. Walaupun anak2 ku tak menggemarinya (hanya aku n hb yg makan ni), tapi puas hati mak dapat makan lagi sotong ni. Nak resepi ambil sini.
Showing posts with label Lauk-pauk. Show all posts
Showing posts with label Lauk-pauk. Show all posts
Sunday, March 1, 2009
Ketupat Sotong
Atas permintaan bonda tercinta..ku buat ketupat sotong ni utk santapannya hehe... Bukan apa mak first time makan ni masa gi kenduri rumah jiran, hmm sedap katanya tapi pepaham la kan makan kenduri takkan mcm makan wat sendiri. So mak mintak la aku carik resepinya dan cuba buat. Carik punya carik... (ceh lama nau carik, padahal busy je anak dia nih), ku jumpa resepi ni dari fotopages hanieliza. Cuba buat semalam dan Alhamdulillah menjadik. Walaupun anak2 ku tak menggemarinya (hanya aku n hb yg makan ni), tapi puas hati mak dapat makan lagi sotong ni. Nak resepi ambil sini.
Friday, February 27, 2009
Sambal Tumis Suluh Keladi & Ayam Goreng Kunyit
Lama dah meng'entry' kat sini. Sibuk sangat pulak lately. Ni pic sambal tumis suluh keladi wat utk makan tengahari minggu lepas. Tetiba tekak ni teringin pulak nk makan suluh keladi. Bila makan masakan ni teringat kenangan makan tengahari dengan ayah satu hari. Arwah mintak adik aku gi cari kt pasar suluh keladi ni dan mak masak sambal tumis petai suluh keladi. Ingat lagi dok semeja ngan ayah makan masa tu berselera sangat arwah tu makan. Masih terbayang2 cara dia makan masa tu. Memang ingatttt sangat. Arrgghhh....rindunya kat ayah! Tak terbendung rasanya. Ok..ok... sambung balik. Since anak2 ku tak minat sgt nk makan pedas2 ni, apatah lagi suluh keladi, so aku gorengkan ayam goreng kunyit kesukaan diorang ni sbg. ganti. Ayam ni ku perap sekejap dengan serai, halia, lengkuas, bwg putih, ketumbar yang dimesin terlebih dahulu. Gaulkan jugak dengan rempah kari dan kunyit dan garam. Perghh...dh favourite katakan, makan nasi ngan ayam goreng semata pun diorg sanggup! Layan kan aje lah.


Sunday, February 8, 2009
Sambal Goreng Kentang Cili Hidup
Tiba2 teringin nk makan sambal goreng cili hidup. Laju jek makan (kata nak diet?)! Cumanya modify sambal ni tambahkan kentang goreng & ikan bilis goreng, letak la bwg besar. Ni one of my favourite! Anak2 ku makan lauk berempah ketam, aku makan sambal ni je ngan nasik panas2...pon sodap!
Cara2 buat : sama mcm wat sambal goreng biasa cuma tukar cili kering ke cili hidup.
Masak Berempah Ketam
Kuah berempah ketam resepi mak utk lunch hari ni. Abis dah pun kejap je. Memula ketam ni ingat nk masak lain, tp last2 mak bg cadangan masak ni selepas calling2 mak. Tunjuk ajar kt telefon je tu. Kebanyakan org tau kot masak ni, cuma aku je yg first time cuba sendiri hehe. Resepi dia simple je rupanye...
Bhn2:
Sekilo ketam, potong ikut suka
2-3 ulas bwg merah
2-3 ulas bwg putih
sedikit halia
sedikit jintan
(tumbuk semua bhn2 atas nih - put aside)
sebatang serai - dititik
2 sudu besar cili mesin
2 sudu besar serbuk kari ikan/daging
1/2 sudu kerisek
(gaulkan cili, kari & kerisik)
Cara2:
1. Panaskan minyak then tumiskan bhn tumbuk (bwg merah/putih/halia/jintan)
2. Masukkan serai
3. Bila dh garing sket (jgn hangus), masukkan pulak bahan gaul tadi (cili/kari/kerisek)
4. Masukkan air sket supaya tak hangus tumisan ni (letak garam sikit masa ni)
5. Agak2 dh terbit minyak, masukkan ketam
6. Tutup kejap (dlm 3-5 mins)
7. Kemudian masukkan santan
8. Kacau dan tunggu smpai mendidih dan suaikan garam/perasa ikut suka
9. Siap!
Selamat mencuba!

Subscribe to:
Posts (Atom)