Thursday, December 25, 2008

Bercuti ke Port Dickson

Sebenarnya plan asal nak ke Terengganu bercuti sempena cuti sekolah ni. Tapi tu la banjir sana plus adik2 ku sume pakat gelak nak gi sane musim2 tengkujuh ni...hehe. Bukan apa, aku dah kepingin banget nak makan keropok lekor fresh and seafood celup tepung panas2! Tapi apakan daya kena cancel la this time mungkin next cuti bulan March atau June nanti. Insyaallah. Lepas dah cancel tu faham2 la kan terus blank tatau nak bawak budak gi mana2. Last2 gi PD la jugak. Tu kira lepas dah discuss punya discuss ngan hb. Bukan apa nak cari port yg best utk berehat. PD jadi pilihan pasal tak jauh sangat plus kira dah last minute dah ni. Kitorang checked-in di Guoman Hotels dan habiskan masa 3 hari 2 malam kat situ. Seronok memang seronok esp. budak2 la dapat berendam kt pool lama2. Diorg tu mmg dah ketagih nak swimming nak mencabar kebolehan esp Imraan & Abid la selepas aku hantar diorg gi intensive swimming class cuti sekolah ni. Apalagi mmg betul2 cuba skill lah diorg. Mama je kena dok tepi kolam celup2 kaki tak leh masuk kolam pasal pakai t-shirt..hehe.

Dok hotel ni dari 22-24 Dec. Tengok tu ada replika santa claus turun tangga.


Anak2 di lobby hotel. Baru balik dari dinner.


Pemandangan dari balcony bilik hotel. Nun jauh tu tanjung tuan.

"We had fun mummy!" uwwaa...mummy tukang snap gambar je...


Kausar & Abid sempat posing sebelum depart.

Monday, December 22, 2008

First Roti Nasi

Aktiviti hari ni main permainan baru ni beli utk kausar selepas dia merajuk tak dapat mainan ben10 mcm abang2nya. Puas jugak la mencari disebabkan limitation of kedai yg dicari (hehe mama dia takde masa nk carik kat kedai2 lain). So beli mainan memancing ni kat Parkson je. Last2 mama dia pun main sekali! Mencabar gak (at least utk aku larr...) nak memancing ikan dalam keadaan base dia berputar tu. Nak mengajar aku lebih fokus! :P.
Malam pulak buat roti nasi ni untuk breakfast esoknya. Tapi siap je separuh dah jadi supper utk cik hb pasal tetiba tgh malam dia lapar lak. Abisla nyonya jual roti pasni dah tak leh niaga kata cik hb ku hehe...isyarat sedap la tu kot roti tu :). First time buat roti nasi ni not so bad la pada pandanganku. Resepi amik dari kenalan cyber, hana.

Wednesday, December 17, 2008

Yummilicious Pizza!

Akhirnya dapat juga ku jamu anak-anak & hb dengan pizza buatan tanganku sendiri hehe... Dah lama dah plan nak buat pizza ni tp disebabkan selalu je bahan2 tak cukup kt rumah ni tu yang asyik postpone je tu. Dapat wat pizza seafood ni utk dinner (ke supper?!). Uli punya uli tak perasan rupanya pkl 9 lebih baru diorg dapat makan pizza ni (patut la anak2ku asyik jenguk ke dapur tanya dah siap ke belum pizza...). Apa taknye sampai rumah dah la nak dekat pkl 7 mlm. Takpe lah Alhamdulillah kenyang diorg semua. Seronok diorg makan pizza fresh from the oven made in home! Nanti nak watkan lagi untuk mak lah pasal mak tak makan pizza beli. Keraguan katanya...hehe. Insyaallah ye mak nnti angah buatkan!

Monday, December 15, 2008

Moist Chocolate Cake

Ni request dari anakku abid. Ntah apa mimpi tiba2 mintak mama buat chocolate cake. Sebelum ni pernah buat tp tanpa topping. Tapi kali ni nak bagi more impressive and attractive, aku rajinkan diri wat topping chocolate. Mmm...mmg moist, sedap! Anak-anakku sampai request nak makan banyak kali walhal buat utk minum petang, tapi sampai ke malam nak makan choc. cake. Takpe la yang penting dia nak makan. First time gak tengok hubby seronot makan choc. cake (dia ni mmg susah sket nak makan food yg manis2, tp this time betul2 dia mengadap! tenkiu dear...!). Kek ni bakar, nanti lain kali yang wat yg version kukus punye.

Sunday, December 14, 2008

Jom makan ikan bakar!

Jap iklan. Ni imraan suh letak gambar b-daman nih kat blog mama. Ishhh...fanatik betul anakku. K ni nak cite malam tadi mak belanja gi makan ikan bakar! Pukul 9 lebih (nak dekat pkl10 gak), kitorang sampai di Medan Ikan Bakar Umbai. Punye la jammed kt jalan masuk dia nasib la dah book awal2 kt gerai Parameswara. Alhamdulillah sampai je semua dah terhidang. Semua join dinner sini mak (tokeh..hehe), lan & wife (puteh), kaklong & anak2 (hb dia takde gi org kawin), zizi, jamal, fiza, fatin, taqim, rini & family kecuali ude coz wifenye dlm pantang. Kitorang order siakap sweet sour, udang goreng tepung, sotong goreng tepung, kerang bakar, cencaru bakar, pahat goreng halia, air fresh orange and dessert buah-buah (ni complimentary tokeh kedai nih). Sedap makan ramai-ramai, of course dengan nasik lemak & otak-otak. Tak lupa gak lepas makan bungkuskan ude siakap sweet sour. Lepas makan apalagi budak2 pulak sibuk nak beli mainan kat kedai sebelah...aduss kopak. Tapi Alhamdulillah dinner outing yang meriah especially dapat kumpul adik-beradik & anak-anak buah. How i wish ayah ada malam ni...uhukk..uhukk...sayu rasa hati tetiba. K lah life must go on...taknak tunjuk sedih nanti mak lagi sedih. Ni nak share gambar2 yang sempat dirakam sebelum makanan2 tu semua dingappp oleh kami2 yang lapar...
Siakap sweet sour. Belakang tu pahat masak halia & udang goreng tepung.
Banyaknye makanan....!
Bingo! Ada pinggan yang dah kosong sebelum sempat acara bermula..!