Sunday, February 8, 2009

Masak Berempah Ketam

Kuah berempah ketam resepi mak utk lunch hari ni. Abis dah pun kejap je. Memula ketam ni ingat nk masak lain, tp last2 mak bg cadangan masak ni selepas calling2 mak. Tunjuk ajar kt telefon je tu. Kebanyakan org tau kot masak ni, cuma aku je yg first time cuba sendiri hehe. Resepi dia simple je rupanye...
Bhn2:
Sekilo ketam, potong ikut suka
2-3 ulas bwg merah
2-3 ulas bwg putih
sedikit halia
sedikit jintan
(tumbuk semua bhn2 atas nih - put aside)
sebatang serai - dititik
2 sudu besar cili mesin
2 sudu besar serbuk kari ikan/daging
1/2 sudu kerisek
(gaulkan cili, kari & kerisik)
Cara2:
1. Panaskan minyak then tumiskan bhn tumbuk (bwg merah/putih/halia/jintan)
2. Masukkan serai
3. Bila dh garing sket (jgn hangus), masukkan pulak bahan gaul tadi (cili/kari/kerisek)
4. Masukkan air sket supaya tak hangus tumisan ni (letak garam sikit masa ni)
5. Agak2 dh terbit minyak, masukkan ketam
6. Tutup kejap (dlm 3-5 mins)
7. Kemudian masukkan santan
8. Kacau dan tunggu smpai mendidih dan suaikan garam/perasa ikut suka
9. Siap!
Selamat mencuba!

Monday, February 2, 2009

Roti Arab Kari Ayam

First time makan roti arab ni masa visit birasku Kak Ana dan anak2nya masa cuti tahun baru cina hari tu. Sedapp! Makan roti ni cicah ngan kari ayam. Tengok anak2 ku berselera sekali makan kt umah untienya. Cik hb lak request suh buat lagi. Aku pun intai2 resepi dari myr dan jumpa resepi yg paling mudah ni dari sofinar. Buat utk breakfast semalam. Hehe tapi dia punya naik kembung aku punye ni ha masa kt dlm kuali kembung jek tp kempis lak lepas kuarkan dari kuali. Tapi apa pun rasanya best dan lembut wpun sampai ke petang. Kenyang anak2 makan sblm gi tuition. Kebetulan pulak mertua tak sihat so berangkut bwk balik kampung la dan jadi santapan ipar yg kt kampung tu lak. Ambik berkat ye tak.

Sunday, January 25, 2009

Roti Lapis Berdaging

Roti berlapis daging ni ku buat as breakfast tadi. Ni sebenarnya rancangan tergendala dari malam tadi. Tengah tumis2 inti daging ni ada power trip pulak kat rumah. So siap masak inti aku simpan je dlm peti ais (waktu aku simpan ni aku lupa lak peti ais pun sama la tak function ms trip ni) . Dah tu tak leh nak guna oven. Tu yg sambung buat utk breakfast. Alhamdulillah mmg meal yg mengenyangkan. Nk masak lunch pun mcm sume dah kekenyangan hehe.. tengok la lewat sikit la kot masak. Amik resepi ni dari hana punye blog (sokmo amik sini). Resepi hana dpt dari myr katanya. Cuma aku tak letak cheese tiap lapisan mcm hana letak. If nak cuba leh amik resipi sini.

Aku ni sdg duduk bergoyang kaki jek ni (hihi) sbb ada maid datang kemas rumah (pinjam kaklongnye maid). Bestnye jadik cik puan ni ek rupanya... Tp tak la sume dia buat. Aku suh yg aku tak mampu buat je (dgn kata lain - tak rajin) mcm lipat baju yg berbakul2 tu dan susun accordingly. Tu mmg aku fail la.

K nak kuar jap amik anak2 ku balik tuition.

Monday, January 19, 2009

Marble Cake for Breakfast

Esok breakfast kek aje! Hehe tp belum sempat tunggu esok, suku dah abis ni anak2ku makan. Ikut resepi african marble cake oleh tulip di myresepi.com. Walaupun kureng terserlah ke'marble' annya, namun kek mmg cukup gebu dan mantap hihi... Memang senang adunannya main masuk2 je. Ringkas and yet sedap. Cukup la ni siap sekali bekal anak2ku esok. Mmg seminggu dua ni sume mintak bekal pasal nak kumpul duit beli toys. Ceh!
atas je ada lorek tak sampai ke dalam pulak coraknya

Sunday, January 18, 2009

Roti Jala Kari Daging

Buat ni utk breakfast semalam. Berebut2 anak2 ku makan pasal ni mmg favourite diorg. Lepas je breakfast ada tetamu lak. So tetamu langkah kaki kanan lah dapat makan roti jala cicah kari. Berkat hehe...