Tuesday, March 17, 2009

Muesli Bar

Berdesup2 lak kali ni meng'entry' resipi ye. Hmm ni wat malam tadi dek kerana teruja dengan muesli bar oleh sis lemongrass gak. Pun resipi simple 'mimple' (err...ade ke word ni?). Dan jugak betullah katanya mmg susah nak berenti mengunyah makan ni slice by slice. Yg crumble2 pun sedap!. Tengah malam hb bangun pun leh request nak makan ni. Ishh... cam nak kena buat lagi ni. Cumanya anak2 dah berapa gemar sultanas dan peanuts tu nk kena hancurkan sket lagi pasal Abid anakku ni takde gigi! hehe... Dan kena reduce kan baking time to maybe 20-25 mins je sbb put 30 mins dah terbrown sket (ke oven aku ni wat hal...wallahualam). Tapi memang la tak perlu la beli lagi pasni, nak diet amik ni je wat breakfast or throughout the day kt office eh...(tp jgn over consume, nnti kang tak leh kira diet dah hehehe).
Ni abaikan lah rupa dia yg ter'brown' tu, rasa dia tetap besshh!

Apple Pie

Yummy...yummy...yey dapat buat apple pie resepi yang best ni. Dapat dari sis lemongrass from Perth! Jauh tu hehe. So easy-peasy gak membuatnya. Cuma few minutes jek. Tang ni mmg cik hb puji melambung-lambung, Best! dia kata. Sekejap je dah licin tak sempat tunggu malam sekali hadap je. Tetiba ada lak permintaan suh buat blueberry pie...walla...Abid...mana la mama nak cari blueberry ni nak ooi...

Peminat setia mama...Kausar, apa2 mama buat pun dia yg nak test dulu...hehe

Selepas beberapa detik...

Ayam Teriyaki

Uwwaa...dah lamanya tak update blog nih. Asyik dok stuck ngan ketupat sotong hehe. Ok ok, ni nak tunjuk ayam teriyaki yang ku buat last weekend. Confirm sedap! (perasan lah ni..). Tak sangka lak anak2 suka sangat dengan masakan ayam camni, ingatkan diorg nih suka ayam goreng or kari ayam jek!. Bleh la if nk buat utk barbecue nanti. Resipi amik dari blog hana lagi. Ayam teriyaki ni paling senang membuatnya, gaulkan ayam, madu, kicap manis, halia parut, bawang putih dan sedikit garam. Perap dalam 1 jam dan bakar kt non stick pan. See...senang banget membuatnya. Silap ari tu buat sikit aje. Nanti la beli ayam lagi wat banyak2 and eksport kt umah mak! (Adik2 ku, jgn mare ye...). Layann...

Sunday, March 1, 2009

Ketupat Sotong

Atas permintaan bonda tercinta..ku buat ketupat sotong ni utk santapannya hehe... Bukan apa mak first time makan ni masa gi kenduri rumah jiran, hmm sedap katanya tapi pepaham la kan makan kenduri takkan mcm makan wat sendiri. So mak mintak la aku carik resepinya dan cuba buat. Carik punya carik... (ceh lama nau carik, padahal busy je anak dia nih), ku jumpa resepi ni dari fotopages hanieliza. Cuba buat semalam dan Alhamdulillah menjadik. Walaupun anak2 ku tak menggemarinya (hanya aku n hb yg makan ni), tapi puas hati mak dapat makan lagi sotong ni. Nak resepi ambil sini.

Friday, February 27, 2009

Sambal Tumis Suluh Keladi & Ayam Goreng Kunyit

Lama dah meng'entry' kat sini. Sibuk sangat pulak lately. Ni pic sambal tumis suluh keladi wat utk makan tengahari minggu lepas. Tetiba tekak ni teringin pulak nk makan suluh keladi. Bila makan masakan ni teringat kenangan makan tengahari dengan ayah satu hari. Arwah mintak adik aku gi cari kt pasar suluh keladi ni dan mak masak sambal tumis petai suluh keladi. Ingat lagi dok semeja ngan ayah makan masa tu berselera sangat arwah tu makan. Masih terbayang2 cara dia makan masa tu. Memang ingatttt sangat. Arrgghhh....rindunya kat ayah! Tak terbendung rasanya.

Ok..ok... sambung balik. Since anak2 ku tak minat sgt nk makan pedas2 ni, apatah lagi suluh keladi, so aku gorengkan ayam goreng kunyit kesukaan diorang ni sbg. ganti. Ayam ni ku perap sekejap dengan serai, halia, lengkuas, bwg putih, ketumbar yang dimesin terlebih dahulu. Gaulkan jugak dengan rempah kari dan kunyit dan garam. Perghh...dh favourite katakan, makan nasi ngan ayam goreng semata pun diorg sanggup! Layan kan aje lah.