Sunday, December 28, 2008

Selamat Tahun Baru 1430H

Selamat menyambut tahun baru 1430H. Semoga kita semua sentiasa didalam keredhaan Allah. Semoga amal2 kita tahun lalu diterima, dosa diampunkan dan diberi kekuatan dan kelapangan di tahun baru ini. Amin...
Dalam sibuk bertahun baru, sempat jugak nak tunjuk muffin coklat yg ku buat utk minum petang kelmarin. Baru hari ni sempat nak upload sini. Resipi ni amik dari sis yani dari myresipi.com. Memang selalu refer resipi kat sini sbb kebanyakannya menjadi.
Untuk malam ni baru je lepas dinner nasi goreng butter cili padi berdaging hehe..buatan sendiri ikut apa yg ada kt dapur je. Jadik la yg penting kenyang ahli keluargaku. Letih sebenarnya baru je sampai dari kampung hb. Nak beristirehat eh. Jangan mare...chiao.

Saturday, December 27, 2008

Laksa Kari Nyonya

Hari ni wat lunch yg paling simple sbb tahap malerss melampau! Tgk kt fridge bahan2 sume ada, serai, lengkuas, halia, udang kering, kerang kecuali santan, udang & belacan suh hb beli kt kedai. Sensorang ku menggodeh dapur tu. Wat laksa nyonya ni makan ngan mee hoon. Haa...dah siap hb trus ngap dia pun dah lapar banget. Hari ni boring semacam tatau nk wat apa. Siap makan sume duduk la aku sambil tunggu washing machine siap proses. Anak2 pulak asyik la dgn cartoon networknya. Boring gilerr. Patutnye hari ni plan gi umah org kawin (kak ipar kaklong), tapi last2 hb kt tak payah pergi, biar dia je pegi sorang sbb selain rumah tu, ada 2 rumah lagi org kawin. Dia pun nak terus gi keje lepas tuh. So aku tinggal ler santai ngan anak2 kt umah ni. Semalam sehari suntuk gi cari brg2 sekolah anak2. Dah la town jammed semalam. Tatau mana sume org mau pergi (hehehe...mcm la aku tak termasuk golongan tu..). Tapi Alhamdulillah, dah kira complete barang2 sekolah diorg kecuali buku2 la 3hb baru sekolah buka utk beli buku sume. K la mata ni makin layu ler plak..nak take a nap kejap.

Thursday, December 25, 2008

Bercuti ke Port Dickson

Sebenarnya plan asal nak ke Terengganu bercuti sempena cuti sekolah ni. Tapi tu la banjir sana plus adik2 ku sume pakat gelak nak gi sane musim2 tengkujuh ni...hehe. Bukan apa, aku dah kepingin banget nak makan keropok lekor fresh and seafood celup tepung panas2! Tapi apakan daya kena cancel la this time mungkin next cuti bulan March atau June nanti. Insyaallah. Lepas dah cancel tu faham2 la kan terus blank tatau nak bawak budak gi mana2. Last2 gi PD la jugak. Tu kira lepas dah discuss punya discuss ngan hb. Bukan apa nak cari port yg best utk berehat. PD jadi pilihan pasal tak jauh sangat plus kira dah last minute dah ni. Kitorang checked-in di Guoman Hotels dan habiskan masa 3 hari 2 malam kat situ. Seronok memang seronok esp. budak2 la dapat berendam kt pool lama2. Diorg tu mmg dah ketagih nak swimming nak mencabar kebolehan esp Imraan & Abid la selepas aku hantar diorg gi intensive swimming class cuti sekolah ni. Apalagi mmg betul2 cuba skill lah diorg. Mama je kena dok tepi kolam celup2 kaki tak leh masuk kolam pasal pakai t-shirt..hehe.

Dok hotel ni dari 22-24 Dec. Tengok tu ada replika santa claus turun tangga.


Anak2 di lobby hotel. Baru balik dari dinner.


Pemandangan dari balcony bilik hotel. Nun jauh tu tanjung tuan.

"We had fun mummy!" uwwaa...mummy tukang snap gambar je...


Kausar & Abid sempat posing sebelum depart.

Monday, December 22, 2008

First Roti Nasi

Aktiviti hari ni main permainan baru ni beli utk kausar selepas dia merajuk tak dapat mainan ben10 mcm abang2nya. Puas jugak la mencari disebabkan limitation of kedai yg dicari (hehe mama dia takde masa nk carik kat kedai2 lain). So beli mainan memancing ni kat Parkson je. Last2 mama dia pun main sekali! Mencabar gak (at least utk aku larr...) nak memancing ikan dalam keadaan base dia berputar tu. Nak mengajar aku lebih fokus! :P.
Malam pulak buat roti nasi ni untuk breakfast esoknya. Tapi siap je separuh dah jadi supper utk cik hb pasal tetiba tgh malam dia lapar lak. Abisla nyonya jual roti pasni dah tak leh niaga kata cik hb ku hehe...isyarat sedap la tu kot roti tu :). First time buat roti nasi ni not so bad la pada pandanganku. Resepi amik dari kenalan cyber, hana.

Wednesday, December 17, 2008

Yummilicious Pizza!

Akhirnya dapat juga ku jamu anak-anak & hb dengan pizza buatan tanganku sendiri hehe... Dah lama dah plan nak buat pizza ni tp disebabkan selalu je bahan2 tak cukup kt rumah ni tu yang asyik postpone je tu. Dapat wat pizza seafood ni utk dinner (ke supper?!). Uli punya uli tak perasan rupanya pkl 9 lebih baru diorg dapat makan pizza ni (patut la anak2ku asyik jenguk ke dapur tanya dah siap ke belum pizza...). Apa taknye sampai rumah dah la nak dekat pkl 7 mlm. Takpe lah Alhamdulillah kenyang diorg semua. Seronok diorg makan pizza fresh from the oven made in home! Nanti nak watkan lagi untuk mak lah pasal mak tak makan pizza beli. Keraguan katanya...hehe. Insyaallah ye mak nnti angah buatkan!