Sunday, December 28, 2008

Selamat Tahun Baru 1430H

Selamat menyambut tahun baru 1430H. Semoga kita semua sentiasa didalam keredhaan Allah. Semoga amal2 kita tahun lalu diterima, dosa diampunkan dan diberi kekuatan dan kelapangan di tahun baru ini. Amin...
Dalam sibuk bertahun baru, sempat jugak nak tunjuk muffin coklat yg ku buat utk minum petang kelmarin. Baru hari ni sempat nak upload sini. Resipi ni amik dari sis yani dari myresipi.com. Memang selalu refer resipi kat sini sbb kebanyakannya menjadi.
Untuk malam ni baru je lepas dinner nasi goreng butter cili padi berdaging hehe..buatan sendiri ikut apa yg ada kt dapur je. Jadik la yg penting kenyang ahli keluargaku. Letih sebenarnya baru je sampai dari kampung hb. Nak beristirehat eh. Jangan mare...chiao.

Saturday, December 27, 2008

Laksa Kari Nyonya

Hari ni wat lunch yg paling simple sbb tahap malerss melampau! Tgk kt fridge bahan2 sume ada, serai, lengkuas, halia, udang kering, kerang kecuali santan, udang & belacan suh hb beli kt kedai. Sensorang ku menggodeh dapur tu. Wat laksa nyonya ni makan ngan mee hoon. Haa...dah siap hb trus ngap dia pun dah lapar banget. Hari ni boring semacam tatau nk wat apa. Siap makan sume duduk la aku sambil tunggu washing machine siap proses. Anak2 pulak asyik la dgn cartoon networknya. Boring gilerr. Patutnye hari ni plan gi umah org kawin (kak ipar kaklong), tapi last2 hb kt tak payah pergi, biar dia je pegi sorang sbb selain rumah tu, ada 2 rumah lagi org kawin. Dia pun nak terus gi keje lepas tuh. So aku tinggal ler santai ngan anak2 kt umah ni. Semalam sehari suntuk gi cari brg2 sekolah anak2. Dah la town jammed semalam. Tatau mana sume org mau pergi (hehehe...mcm la aku tak termasuk golongan tu..). Tapi Alhamdulillah, dah kira complete barang2 sekolah diorg kecuali buku2 la 3hb baru sekolah buka utk beli buku sume. K la mata ni makin layu ler plak..nak take a nap kejap.

Thursday, December 25, 2008

Bercuti ke Port Dickson

Sebenarnya plan asal nak ke Terengganu bercuti sempena cuti sekolah ni. Tapi tu la banjir sana plus adik2 ku sume pakat gelak nak gi sane musim2 tengkujuh ni...hehe. Bukan apa, aku dah kepingin banget nak makan keropok lekor fresh and seafood celup tepung panas2! Tapi apakan daya kena cancel la this time mungkin next cuti bulan March atau June nanti. Insyaallah. Lepas dah cancel tu faham2 la kan terus blank tatau nak bawak budak gi mana2. Last2 gi PD la jugak. Tu kira lepas dah discuss punya discuss ngan hb. Bukan apa nak cari port yg best utk berehat. PD jadi pilihan pasal tak jauh sangat plus kira dah last minute dah ni. Kitorang checked-in di Guoman Hotels dan habiskan masa 3 hari 2 malam kat situ. Seronok memang seronok esp. budak2 la dapat berendam kt pool lama2. Diorg tu mmg dah ketagih nak swimming nak mencabar kebolehan esp Imraan & Abid la selepas aku hantar diorg gi intensive swimming class cuti sekolah ni. Apalagi mmg betul2 cuba skill lah diorg. Mama je kena dok tepi kolam celup2 kaki tak leh masuk kolam pasal pakai t-shirt..hehe.

Dok hotel ni dari 22-24 Dec. Tengok tu ada replika santa claus turun tangga.


Anak2 di lobby hotel. Baru balik dari dinner.


Pemandangan dari balcony bilik hotel. Nun jauh tu tanjung tuan.

"We had fun mummy!" uwwaa...mummy tukang snap gambar je...


Kausar & Abid sempat posing sebelum depart.

Monday, December 22, 2008

First Roti Nasi

Aktiviti hari ni main permainan baru ni beli utk kausar selepas dia merajuk tak dapat mainan ben10 mcm abang2nya. Puas jugak la mencari disebabkan limitation of kedai yg dicari (hehe mama dia takde masa nk carik kat kedai2 lain). So beli mainan memancing ni kat Parkson je. Last2 mama dia pun main sekali! Mencabar gak (at least utk aku larr...) nak memancing ikan dalam keadaan base dia berputar tu. Nak mengajar aku lebih fokus! :P.
Malam pulak buat roti nasi ni untuk breakfast esoknya. Tapi siap je separuh dah jadi supper utk cik hb pasal tetiba tgh malam dia lapar lak. Abisla nyonya jual roti pasni dah tak leh niaga kata cik hb ku hehe...isyarat sedap la tu kot roti tu :). First time buat roti nasi ni not so bad la pada pandanganku. Resepi amik dari kenalan cyber, hana.

Wednesday, December 17, 2008

Yummilicious Pizza!

Akhirnya dapat juga ku jamu anak-anak & hb dengan pizza buatan tanganku sendiri hehe... Dah lama dah plan nak buat pizza ni tp disebabkan selalu je bahan2 tak cukup kt rumah ni tu yang asyik postpone je tu. Dapat wat pizza seafood ni utk dinner (ke supper?!). Uli punya uli tak perasan rupanya pkl 9 lebih baru diorg dapat makan pizza ni (patut la anak2ku asyik jenguk ke dapur tanya dah siap ke belum pizza...). Apa taknye sampai rumah dah la nak dekat pkl 7 mlm. Takpe lah Alhamdulillah kenyang diorg semua. Seronok diorg makan pizza fresh from the oven made in home! Nanti nak watkan lagi untuk mak lah pasal mak tak makan pizza beli. Keraguan katanya...hehe. Insyaallah ye mak nnti angah buatkan!

Monday, December 15, 2008

Moist Chocolate Cake

Ni request dari anakku abid. Ntah apa mimpi tiba2 mintak mama buat chocolate cake. Sebelum ni pernah buat tp tanpa topping. Tapi kali ni nak bagi more impressive and attractive, aku rajinkan diri wat topping chocolate. Mmm...mmg moist, sedap! Anak-anakku sampai request nak makan banyak kali walhal buat utk minum petang, tapi sampai ke malam nak makan choc. cake. Takpe la yang penting dia nak makan. First time gak tengok hubby seronot makan choc. cake (dia ni mmg susah sket nak makan food yg manis2, tp this time betul2 dia mengadap! tenkiu dear...!). Kek ni bakar, nanti lain kali yang wat yg version kukus punye.

Sunday, December 14, 2008

Jom makan ikan bakar!

Jap iklan. Ni imraan suh letak gambar b-daman nih kat blog mama. Ishhh...fanatik betul anakku. K ni nak cite malam tadi mak belanja gi makan ikan bakar! Pukul 9 lebih (nak dekat pkl10 gak), kitorang sampai di Medan Ikan Bakar Umbai. Punye la jammed kt jalan masuk dia nasib la dah book awal2 kt gerai Parameswara. Alhamdulillah sampai je semua dah terhidang. Semua join dinner sini mak (tokeh..hehe), lan & wife (puteh), kaklong & anak2 (hb dia takde gi org kawin), zizi, jamal, fiza, fatin, taqim, rini & family kecuali ude coz wifenye dlm pantang. Kitorang order siakap sweet sour, udang goreng tepung, sotong goreng tepung, kerang bakar, cencaru bakar, pahat goreng halia, air fresh orange and dessert buah-buah (ni complimentary tokeh kedai nih). Sedap makan ramai-ramai, of course dengan nasik lemak & otak-otak. Tak lupa gak lepas makan bungkuskan ude siakap sweet sour. Lepas makan apalagi budak2 pulak sibuk nak beli mainan kat kedai sebelah...aduss kopak. Tapi Alhamdulillah dinner outing yang meriah especially dapat kumpul adik-beradik & anak-anak buah. How i wish ayah ada malam ni...uhukk..uhukk...sayu rasa hati tetiba. K lah life must go on...taknak tunjuk sedih nanti mak lagi sedih. Ni nak share gambar2 yang sempat dirakam sebelum makanan2 tu semua dingappp oleh kami2 yang lapar...
Siakap sweet sour. Belakang tu pahat masak halia & udang goreng tepung.
Banyaknye makanan....!
Bingo! Ada pinggan yang dah kosong sebelum sempat acara bermula..!

Saturday, December 13, 2008

Iman oh Iman!

Kering darahku! Tengok la tu keletah anakku Iman ni. Memanjat je la kerjanya. Agaknya seronok sangat dia dapat duduk dgn mamanya. Hari ni masuk 3 hari dah aku mc. Alhamdulillah bengok ni dah susut dan sakitnya pun dah hilang. Tengahari ni tak masak. Ye lah tinggal bertiga lagipun lauk pauk semalam banyak lagi. Kebetulan semalam tempat kerja hb ku (tempat kerja ku jua..hehe) ada buat majlis korban. Hb dapat bwk balik lauk dan nasik minyak. Banyak! Dibahagi rumah ibu dan rumah mak, bwk balik rumah separuh. Pun masih banyak. Petang semalam kebetulan Uda & wifenya singgah, dapatlah diorg merasa lauk-pauk kenduri ni. Dapat gak diorg merasa donut ku yang bantat tak jadik tu...(pasal yeast tak naik). So hari ni relax sikit la dapur ku tu tak berasap. Aku pun relax gak :). Tapi bila dah petang tu tangan ni cam dah gatal2 jek. Lalu jenguk2 apa yang boleh ku buat minum petang ni hehe ... Haa amik.. bubur pulut hitam wat minum petang. Ni favourite anak-anakku terutama Imraan. Hb kureng sikit la pasal dia tak minat benda2 manis sgt. Tp ok la if habis semangkuk tu kira syukur ;).
Tengah dok kacau2 bubur tiba2 teringat la juadah apa nk kuhidangkan dinner malam ni. Dok selak-selak peti ais tengok banyaknya daging korban (Alhamdulillah). Datang la idea nak wat spaghetti. Lalu ku cincang2 daging utk dimasak dgn kuah spaghetti. Sekejap je tak sampai sejam siap da spaghetti ku.
Lepas maghrib tengah ku berkira2 nak gi rumah mak sat nak hantarkan bubur tu tiba2 adikku Fatin call kata mak on the way ngan makadik (mak sedara) dan Ana (cousinku) serta adiknya Mamat. Alhamdulillah, langkah kaki kanan la diorang. Rezeki memang banyak betul nih. Dapat la kuhidangkan bubur pulut hitam & spaghetti kat diorang. Ana datang pasal nak jual baja kompos yg dihasilkan cacing ternakan maknya. Wah! niaga dah dia skrg. Menarik gak nih! Tapi tu la nak bela cacing tapi itu la binatang yg paling ku geli eeiiii...

Lupa lak ni roti sardin wat breakfast kausar & iman.

Wednesday, December 10, 2008

Hari ni MC

Aku kena bengok (mumps)!. So doktor bagi MC smpai Jumaat. Lega...boleh la rest. Kepala pun sakit kesan dari bengkak ni. Demam dah ok sikit. Iman & Kausar aku tak hantar ke rumah Ibu (pengasuh diorg). Saja nak spend masa dengan diorg. Cuma Imraan & Abid je hantar sebab mereka ada swimming class hari ni so lepas kelas hb J trus hantar ke rumah Ibu. Tengahari pulak tengah relax2 dapat tetamu pulak, saudara hb. Nak tengok rumah kata diorang (mungkin diorg tengah plan nak buat rumah kot). Haha...sure tergezut tgk rumah mcm tongkang pecah ni. Mana sempat kemas tak sampai weekend lagi (selalu kemas weekend je :P). Lepas diorang blah aku pun ajak budak2 tu chao... gi Jusco. Tiba2 rasa nak 'membeli-belah'. Sakit-sakit pun jadik je... kata hb bila tiba2 aku call dh sampai Jusco. Ok la jugak dapat la beli barang2 sekolah budak2 serba-sedikit. Beli barang basah jugak pasal ye la lama cuti ni. So kena la ada bahan mentah nak masak. Lepas gi Jusco singgah rumah mak jap makan lunch lepas tu singgah rumah Ibu ambil Imraan & Abid. Hari ni dapat la buat minum petang untuk anak-anakku2. Masa ni la terfikir bila la aku nak jadi 'stay-at-home-mom' and spend masa sepenuhnya dengan anak2. Wallahua'lam tunggu la plan B aku ni menjadik... Hmm...malam pulak dinner simple je kuew teow kungfu coz anak2 & hb dah kenyang. K lah Iman dah merengek2 je nak menyusu agaknya tu. Layan roti sosej & kuew teow kungfu kat bawah ni jap eh.

Roti sosej lapis dengan cheese slices.

Iman nak dua!

Boleh tahan la...tekak pun tak leh nak gi makan nasik so ini pun ok. Yg penting anak2 suka.

Monday, December 8, 2008

Ok boshh!, Raya & Banjir!

Ok boshh! (ok boss) - perkataan baru Iman lately. Aku tahu dia belajar dari siri upin & ipin kegemarannya. Sampaikan ayah dia marah pun dia berani cakap 'ok boshh!' Tu lah penangan bila hari2 dia mengadap cerita tu. Pagi raya tengok ketupat pun anak-anakku boleh teruja sekarang... ketupat kak ros!!! hehe memang sah la dari cerita upin & ipin tu... Apatah lagi semalam Ode diorg bawak ke MITC tengok upin & ipin datang. Kecoh la hingga ke hari ni cerita dapat jumpa mascott upin & ipin. Punye la besar maa...komen Kausar.

Upin & Ipin bags that cost me more than RM100!

Selain tu semalam masa diorg semua ke MITC, aku pun pulun lah sediakan juadah hari raya. Hehe tu la sendiri yg rajin volunteer nak masak kan..ha rasa lah. Aku volunteer nak masakkan rendang utk mak mertuaku dan bawa balik ke kampung. So sebelum balik kampung semalam, sambil budak2 pun takde rumah (tinggal Iman je, baik pulak dia main sendiri je cuma sesekali jengah laptop ni tengok upin ipin dari website), aku pun godeh2 apa yg patut kat dapur. And taraa.... bukan setakat sejenis rendang, dua jenis sekali aku buat. Rendang daging dan rendang ayam. Dan bukan setakat rendang je... carrot cake pun aku dapat buat (huhu ilham dok sorang2 kot). First buat carrot cake, sementara cake tgh bake, aku sediakan la bahan2 buat rendang. Slps cake masak dan siap buat topping (ceh! ni kira extra rajin), aku pun terus sambung buat rendang. Pergh... siap semua sekali pukul 5.30! Uwwaa... masa ni aku rasa dah fenin2 dah. Ngantuk weii... Siap mandi sume aku pun apalagi.. babam la ngan Iman yg memang sama2 ngantuk tu. Kitorang bertolak balik kg cuma lepas maghrib je dan smpai lebih kurang pukul 10 malam.

"Sebelum sempat org lain rasa...baik aku rasa dulu hihi" (Iman dah rasmi dulu topping cream cheese!)

Yummy...yummy....

Nak???

Pagi raya Hb J bawak Imraan & Abid gi solat raya kat surau kat kg. Aha.. satu tugas lagi menanti aku kena masakkan kuah lodeh. Yahuu... dah pandai masak kuah lodeh style Jawa. Last week belajar masak kuah lemak pisang dari Kak Lah. Yess... makin banyak ilmu bila ringan tulang ni ye (hehehe perasan!). Hujan lebat hari ni dari malam tadi tak berhenti. Kitorang pun apalagi lepas makan sume dah kenyang kan... so tido la semua... Pukul 1.30 baru budak2 ni kejut pasal nak gerak balik Melaka pulak. Jam 3.30 bertolak balik Melaka dalam renyai-renyai hujan. Tinggal mak sorang. Nasib baik Kak Riha pulak tido rumah mak malam ni. Dalam perjalanan keluar dari kampung tengok air parit semua dah naik ('sebak' kata org Jawa). Penuh hampir melimph ke jalanraya. Ada sesetengah kawasan air dah mula naik ke halaman rumah. Beberapa orang kampung dah mula angkut beg mungkin nak ke pusat penempatan banjir. Kata hb kalau hujan continuously macam ni memang lagi tinggi la air naik. Risau jugak keadaan mak nanti macamana.



Rumah2 yang dah naik air kt kg hb (Pt Semerah Darat)

Slowly hampir 5.30 baru kitorg sampai di Melaka. Tu pun tak balik rumah dulu, terus rumah mak aku lak nak pekena rendang mak (hmm tp mak tak sihat rupanya & zizi yg buat rendang). Hb kata tak sama macam mak masak (hehe sori arr zi, tapi tgk habis gak dia makan!). Lepas solat Isyak baru kitorang berangkat balik rumah. Penat... tapi Alhamdulillah ditemukan Raya kali ini.

Tuesday, December 2, 2008

Pagi Syahdu

Hari ini hari tanam nesan di pusara ayah. Memang ikutnya agak lama baru nesan ayah ditanam. Memang kami nak pastikan tanah kubur ayah mampat dulu sebelum ditanam nesan. 5 bulan sudah berlalu. Hampir jam 11 pagi baru mula proses membersihkan tanah kubur arwah ayah. 2 orang pekerja tempat nesan ditempah mula memasang bingkai kepok dan memampatkan tanah. Setelah lebih kurang sejam, nesan pun ditanam. Kemudian disertai dengan taburan batu putih. Mak sepanjang masa menitis air mata. Aku tahu mak rindu ayah. Pakngah, Mak Itam, Pak Itam dan adik-adik pun turut sama di pusara ayah. Syahdunya hanya Tuhan yang tahu. Alhamdulillah jika kebiasaan pagi agak panas tapi pagi ini memang berlainan. Keadaan redup disulami tiupan angin lembut buat kami mengerti ayah menyaksikan semua ini. Tenanglah ayah...tenanglah di sana. Al-Fatihah...

Tanah dimampatkan selepas dipasang kepok.



As written in the plate : Hj. Abu Bin Baba kembali ke rahmatullah 2 Rejab 1429H (5 Julai 2008), jam 12.40pm pada usia 60 tahun.

Damailah di sana ayah...disisi Tuhan yang Esa...

Monday, December 1, 2008

Ahad yang ceria!

Alhamdulillah, majlis pertunangan yang cukup simple and yet 'membahagiakan' (ceh..ni from the point of vie bakal pengantin lah). Since family mertua decided to have it simple, so cume kitorang2 je la yg masak. Aku dan birasku taty, kak laily biasa la just jadi assistant tolong prepare mana yg patut mesin cili, mesin kelapa, etc etc. Kak Lah jadi cook (mmg dia masak sedap ooo). Pukul 2.30 pihak keluarga lelaki sampai and berakhir lebih kurang 4.30. Dah petang ni mmg part bakal pengantin la basuh pinggan... tak larat dah. Lepas maghrib baru bertolak balik rumah. Esok (hari ni) keje wei..

kak iparku dan hantaran pihak lelaki.


Antara hantaran pihak perempuan.


Harta karun...