Monday, December 8, 2008

Ok boshh!, Raya & Banjir!

Ok boshh! (ok boss) - perkataan baru Iman lately. Aku tahu dia belajar dari siri upin & ipin kegemarannya. Sampaikan ayah dia marah pun dia berani cakap 'ok boshh!' Tu lah penangan bila hari2 dia mengadap cerita tu. Pagi raya tengok ketupat pun anak-anakku boleh teruja sekarang... ketupat kak ros!!! hehe memang sah la dari cerita upin & ipin tu... Apatah lagi semalam Ode diorg bawak ke MITC tengok upin & ipin datang. Kecoh la hingga ke hari ni cerita dapat jumpa mascott upin & ipin. Punye la besar maa...komen Kausar.

Upin & Ipin bags that cost me more than RM100!

Selain tu semalam masa diorg semua ke MITC, aku pun pulun lah sediakan juadah hari raya. Hehe tu la sendiri yg rajin volunteer nak masak kan..ha rasa lah. Aku volunteer nak masakkan rendang utk mak mertuaku dan bawa balik ke kampung. So sebelum balik kampung semalam, sambil budak2 pun takde rumah (tinggal Iman je, baik pulak dia main sendiri je cuma sesekali jengah laptop ni tengok upin ipin dari website), aku pun godeh2 apa yg patut kat dapur. And taraa.... bukan setakat sejenis rendang, dua jenis sekali aku buat. Rendang daging dan rendang ayam. Dan bukan setakat rendang je... carrot cake pun aku dapat buat (huhu ilham dok sorang2 kot). First buat carrot cake, sementara cake tgh bake, aku sediakan la bahan2 buat rendang. Slps cake masak dan siap buat topping (ceh! ni kira extra rajin), aku pun terus sambung buat rendang. Pergh... siap semua sekali pukul 5.30! Uwwaa... masa ni aku rasa dah fenin2 dah. Ngantuk weii... Siap mandi sume aku pun apalagi.. babam la ngan Iman yg memang sama2 ngantuk tu. Kitorang bertolak balik kg cuma lepas maghrib je dan smpai lebih kurang pukul 10 malam.

"Sebelum sempat org lain rasa...baik aku rasa dulu hihi" (Iman dah rasmi dulu topping cream cheese!)

Yummy...yummy....

Nak???

Pagi raya Hb J bawak Imraan & Abid gi solat raya kat surau kat kg. Aha.. satu tugas lagi menanti aku kena masakkan kuah lodeh. Yahuu... dah pandai masak kuah lodeh style Jawa. Last week belajar masak kuah lemak pisang dari Kak Lah. Yess... makin banyak ilmu bila ringan tulang ni ye (hehehe perasan!). Hujan lebat hari ni dari malam tadi tak berhenti. Kitorang pun apalagi lepas makan sume dah kenyang kan... so tido la semua... Pukul 1.30 baru budak2 ni kejut pasal nak gerak balik Melaka pulak. Jam 3.30 bertolak balik Melaka dalam renyai-renyai hujan. Tinggal mak sorang. Nasib baik Kak Riha pulak tido rumah mak malam ni. Dalam perjalanan keluar dari kampung tengok air parit semua dah naik ('sebak' kata org Jawa). Penuh hampir melimph ke jalanraya. Ada sesetengah kawasan air dah mula naik ke halaman rumah. Beberapa orang kampung dah mula angkut beg mungkin nak ke pusat penempatan banjir. Kata hb kalau hujan continuously macam ni memang lagi tinggi la air naik. Risau jugak keadaan mak nanti macamana.



Rumah2 yang dah naik air kt kg hb (Pt Semerah Darat)

Slowly hampir 5.30 baru kitorg sampai di Melaka. Tu pun tak balik rumah dulu, terus rumah mak aku lak nak pekena rendang mak (hmm tp mak tak sihat rupanya & zizi yg buat rendang). Hb kata tak sama macam mak masak (hehe sori arr zi, tapi tgk habis gak dia makan!). Lepas solat Isyak baru kitorang berangkat balik rumah. Penat... tapi Alhamdulillah ditemukan Raya kali ini.

No comments: