Saturday, November 29, 2008

Sabtu nan Indah!

Baru je lepas breakfast. Simple je. Cekodok sardin + belen2 roasted chicken malam tadi + donut beli kat la boheme. Alhamdulillah anak2, ayah n mama pun kenyang. Tengahari ni tak payah masak dah. Lagipun nak pegi kenduri kahwin jiran mak. Petang nak balik kampung pulak kak ipar bertunang (kali kedua slps kematian suami 10 tahun yg lalu. Alhamdulillah akhirnya terbuka hatinya utk kahwin slps anak tunggalnya dh menjejaki umur 14 th). Masih fikir lagi ni nk contribute apa utk majlisnya esok. Ingatkan nak buat carrot cake tp penyakit M tu menular2 rasanya :). Tengok la tengahari sikit nnti if ada idea... Chao dulu la hubby dah dok ulang-alik je sini (hehe tgk wifenya yg pepagi dh berblog'). Nk sambung kemas rumah!

p/s *esok2 je la upload gmbar roasted chicken yg buat dinner malam tadi..yummy! tiru resepi jamie oliver.

kepak & peha dh ilang pasal budak2 dh tak sabar nk makan...



Yummy..yummy..Mama best! Imraan prefer to dip it with thousand island


Abid syok meratah...lapar beb!


Kausar...control..hehe


Halfway thru...

Thursday, November 27, 2008

Coretan Malam Jumaat

Malam jumaat -baru je lepas kumpul ngan anak-anak baca yassin. Solat maghrib hari ni Imraan jadi imam. Alhamdulillah anak bujangku. Dah ada tokoh nampaknya. Tapi for sure la aku tak boleh berimamkan dia baru 8 tahun je. Actions je la tp niat sendiri-sendiri. Saja nak bagi support. In fact if mak ayah tak ready lagi Imraan boleh imamkan adik-adiknya. Abid biasa tukang qamat.

Anak-anak soleh (gambar lama last year kot..lupa)

Bab baca yassin jemaah malam jumaat tu... Alhamdulillah, anak2 dah besar sikit ni dah boleh la implement macam masa single dok ngan mak dulu. Arwah ayah akan lead baca yassin ramai2 ngan adik beradik setiap malam jumaat. Tak pernah missed. Bila dh kawin, anak kecik2 payah sikit ye la masa tu la nk menyusu, nak makan etc etc. Baca yassin pun kena sendiri2 nak cepat punya pasal. Sekarang ni baru boleh mula balik. Rasa Insyaallah nak hidupkan semula amalan yang mak & arwah ayah dah ajar ni. Huh... tiba-tiba rasa rindu yang menusuk-nusuk ingatkan arwah ayah. Tenanglah ayah di sana hendaknya... Al-fatihah.

Wednesday, November 26, 2008

Kenangan dengan Ayahanda Hj. Abu Bin Baba - Al Fatihah

Rindu teramat rasanya... Belum puas bermanja, kau pergi tinggalkan kami semua anak-anakmu yang masih kehausan belaian dan perhatianmu... Takkan ku lupa 5 July 2008 (2 Rejab) kau meninggalkan kami setelah sebulan lebih koma. Ya Allah... andai bisa kuulang masa lalu...ingin ku sentiasa berada didakapanmu. Ingin aku sentiasa berada disebelahmu berkongsi suka dan duka. Saat menatap potretmu masih jelas terbayang senyummu. Masih terbayang tawa dulu. Ayah, insyaallah kami akan jaga emak sebaiknya sebagaimana amanahmu. Akan kami bahagiakan emak kerana dia lah sebahagian dirimu...









Al-Fatihah...semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohmu serta ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman...

Monday, November 24, 2008

upin ipin

Iman sekarang addicted sangat dengan siri upin & ipin. Tak boleh on laptop langsung depan dia asyik nak suruh buka upin & ipin... Hai.. pening dibuatnya. Tengah dok fikir ni nak masak apa dinner. Tgh tunggu hb J balik dari KL. K lah ni dah mengamuk sakan Iman nk suruh buka cite favourite dia. Layan....


my Iman

Saturday, November 22, 2008

Chicken Pox

Disease menyerang pulak keluargaku. After hb J attacked by chikungunya, kausar kena chicken pox just 3 days before her concert (graduation) day, imraan & abid pulak diserang chicken pox. A bit hectic nak mengurus si bujang-bujang yang tak sihat ni. Lembik je diaorg compared to kausar hari tu. But Alhamdulillah, it make us semakin closed each other... Biasa la..demam sure carik mama aje...