Monday, October 11, 2010

Updates

It's been long time to update since puasa hari tu. Dah lepas Syawal dah pun.

1. Updates on Raya
- Alhamdulillah, raya pertama kt Melaka, then head to Palong (to visit MIL) since kak ipar jaga dia di sana. Second day of raya terus ke Batu Pahat to visit hubby's relatives. Overnight sana and raya ke tiga balik Melaka meneruskan kehidupan....menerima kunjungan tetamu kawan2, saudara mara.. sempat buat few mini open houses utk mereka2 yg berkunjung (if mana2 yg janji awal2 la...). Antara menu utama - mee rebus (jawa version), satay (oda saja), laksa johor, spaghetti (bolognese version) dan lain2 lagi (tak ingat). Alhamdulillah seronok sangat2 menjamu kawan2.

2. Updates on Tadika Sinar Iman
- Disebalik2 kesibukan raya/puasa sempat juga gi ssm daftar, gi jab. pelajaran dpt recommendation letter, dapat sign tenancy agreement with landlord. Sempat finalise bunting, banner utk promotion, sempat finalise uniform, books (semua akan sampai by Dec.), finalise classrooms/playground equipments, finalise tuition fees, jadual, etc. etc. masih banyakkkk lagi nak di finalise... ya Allah moga diberi kekuatan dan kelancaran...

3. Updates of office work
- Tengah busy sesangat with EAC visit preparations... macam2. Juga ya Allah, moga diberi kekuatan dan kelancaran... (alhamdulillah ada staff yang sangat2 membantu).

Apa pun... disebalik kesibukan2 itu... life must go on... semoga Allah merahmati perjalanan hidup ini dan pilihan2 yang aku dah pilih. Moga dapat keberkatan...

Friday, September 3, 2010

Putus Sudah Kasih Sayang

Sedih sungguh kan bunyinye tajuk di atas tu. Hati aku sekarang sayu semacam je... tambah-tambah nak raya ni. Bukan apa... since last 2 weeks anak-anak ku kini tidak lagi berada di bawah jagaan pengasuh diorang yang mesra dipanggil Ibu. Sedey weii... Sian anak-anakku. Diorang lagi sedih tak dapat lagi belaian kasih Ibu since mereka memang close dan manja sangat2 dengan ibu. Iman especially asyik merayu-rayu minta dibawa ke rumah Ibu. Aihh... sekarang ni tiap-tiap pagi dalam dilema coz kena softly pujuk dia tinggal rumah nenek. Bukan sebab dia tak nak tinggal dengan nenek (which dia selalu nak pegi pon kalau ada ramai2), tapi sebab for her dah macam satu sistem routine that bila mama kerja, dia stay kat rumah Ibu. Dilema betul la...

Story pasal Ibu, dia kebelakangan ni tak sihat sejak menjalani operation hari tu. Kena banyak rest and tak boleh renyah2. So nak menjaga Iman tu amat la tak possible dengan keadaan dia sekarang. Lagi pun dia nak prepare kesihatan sebelum ke Mekah (insyaallah) by October ni.

Nak cerita tentang how aku mula kenal ibu. Ingat lagi last 10 years, masa tu aku tengah pregnantkan Imraan. Dah nak dekat due jugak masa tu tapi belum jumpa satu pengasuh pun untuk bakal baby ku. Masa tu satu pagi aku dan hb gi breakfast kat satu kedai ni dan kebetulan terjumpa kawan lama dia. Kawan dia ni pula baru je pindah dari rumah yang disewa dari tuan rumah ni iaitu Ibu ni lah dan keluarganya. So dia pun bagitau latar belakang Ibu serba sedikit ttg Ibu yang pernah juga mengasuh budak dan entah macamana aku rasa ada chemistry pulak walaupun belum jumpa pun. So i follow my instinct. Maka weekend tu teruslah kami gi rumah Ibu. Mula-mula introduce kami ni kawan si *** yang duduk rumah tu dulu. So dia ajak masuk dan kami pun berbual lah sebelum menyatakan hajat datang ke situ. Tapi Ibu tak katalah setuju terus. Dia tanya je bila waktu aku dijangka bersalin. So kami pun balik lah. 14 July 2000, aku bersalin kan Imraan. Masa ni aku cam tak fikir langsung siapa akan jaga baby bila aku dah habis cuti bersalin nanti. So aku menjalani hari berpantang dengan tenang hingga satu hari dapat call dari Ibu. Dia tanya aku dah bersalin ke. So aku pun bual2 dengan dia serba-sedikit. Masa tu dia still tak kata setuju nak jaga lagi. Dia cuma suruh datang rumah je bila dah habis pantang nanti jalan2 bawa baby. So lepas pantang aku bawa lah baby gi visit rumah dia. Masa tu ingat lagi semua anak2 nya ada masa tu early teens lagi anak2nya. Diorang seronok betul main2 dengan baby. Aku pun sukalah. So kami bual2 and sampai masa balik baru dia tanya bila start kerja dan terus kata "ha nanti hantar je anak sini" Masa tu ya Allah bersyukur sangat2 sebab dia setuju jaga anak ku. Ye lah nak cari somebody yang kita rasa trust dan tengok dia ikhlas sangat nak jaga.. bukan senang kan zaman ni. Sampai kan aku tanya berapa nk bayar sebulan pun dia kata terpulang kat kitorang. Sejak itu bermula lah relationship kami yang dah macam saudara bagi ku. Sebabnya family Ibu ni memanggg sangat2 penyayang la.

Since year 2000 anakku bertambah year after year semua dia jaga (bukan setakat jaga tau.. belai, didik, asuh.. ). Alhamdulillah aku sangat2 menghargai mereka sekeluarga. Almost every month ada je baju2 ke, toys ke untuk anak2 ku. Dia tahu apa yang anak2 ku suka dan tak suka yang kadang2 aku pun tak tau. Dari Imraan, Abid, Kausar dan Iman, dia tau segala ciri2 diorang. Weekend pun kdg2 call tanya anak2 makan apa, dah mandi ke belum, tengah buat apa. Tu yang buat aku sedih sangat2 sekarang bila dia dah tak dapat nak jaga lagi.

Bayangkan Iman masih dimasukkan buaian if nak tidur, anak2 semua bab sekolah agama petang jangan cakap, siap duit poket dia bagi, air dia sediakan siap ikut flavour yang masing2 suka - lain2 jenis lak tu. Makan lagi jangan cakap la. Pantang anak2 ku sebut je, mesti dimasak. Yang paling sedih Iman la sebab dia cuma dapat lebih kurang 4 tahun je dibelai Ibu compared tu yang lain2. Sedih sangat bila tengok airmata Iman meleleh pagi2 nangis nak Ibu. Aduhai.. aku pun jadi sedih dibuatnya. I know every mom pun mesti rasa macam ni kan kalau pengasuh yang anak kita sayang sangat2 dah tak dapat nak jaga lagi. Of course, relationship bagai saudara ni aku takkan putuskan la sampai bila2. Insyaallah aku akan jaga dan make sure anak2 aku treat Ibu macam ibu kandung jugak sampai diorang dewasa nanti Insyaallah. Takkan aku lupa jasa Ibu. Uwwaa... time aku taip ni pun air mata dah bergenang ni. Sedih sangat!.

Aku doakan moga-moga Ibu cepat sembuh dan selamat menunaikan Haji. Dan mudah-mudahan balik Haji nanti (aku selalu doa ni) dia call aku satu hari dan cakap "ida, hantar la budak2 sini esok". Uwwaa... boleh ke camtu? Aku pun serba salah aku tak sampai hati gak tengok dia tak sihat dan tau dia perlu prepare untuk ke Tanah Suci. Ya Allah.. permudahkanlah segalanya.

To Ibu, jasamu sangat2 dihargai. Hanya Allah yang boleh membalasnya. Moga Ibu diberi kesihatan yang baik, selamat pergi dan balik dan semoga mendapat Haji yang mabrur nanti. Amin...

Sedihnya....

Thursday, September 2, 2010

Birthday Princess

Lewat sikit nak update my another girl turns 8 last Saturday (28/8). Memang every year since June dah ada series of birthday yang nak kena celebrate, Iman (28/6), Imraan (14/7), Abid (1/8), Myself (17/8) and terbaru Kausar (28/8)! -- adus penat menaip nombor!
Birthday ayah? Sorry, lambat lagi.. hujung tahun ye.

So last Saturday saja buat surprise untuk si princess ni. Order from yulie untuk buat kek princess. Siap special delivery lagi. Thanks to yulie n hubby sampai gak ke rumah walaupun sesat at first :). Tapi when look at the cake tu mmg betul la dia ni mendecorate with heart n passion. Dah minat kan. Aku minat gak sebenarnya baking n such ni... tp cumanya sangat keras tangan... : )) Read yulie punye the inside story buat kek princess ni sure la if aku buat langsung hancur kek tu... Tapi really amazed with the hasil yang yulie buat ni! Yang penting si birthday girl suka! And thanks lagi banyak2 to yulie.... Maaf jika mencelarukan hidupmu seketika.. hihi
Ini la dia my sweet and adorable and chubby (and cengeng...hihi) birthday girl - Kausar

and taraa...ni dia princess cake utk si birthday girl

(*sorry mutu gambar tak memuaskn langsung krn camera hp je bukan dslr eh)

To further celebrate... kitorang bawa the kids gi iftar kt M**kota hotel. Seronok betul diorang enjoy the food there. Memang la banyakkk choice and yg penting ada ice cream to make them fully occupied...so mom n dad can enjoy the food juga dgn nyamannya! Actually bukan la nk celebrate sangat but saja nak encourage them since setakat ni semua manage to puasa penuh dengan jayanya! Alhamdulillah, this year anak-anakku tak banyak kerenah. Mereka relax je puasa tak terlalu lemah longlai macam last year. Alhamdulillah.

Tapi gambar2 food memang la tak sempat snap kerana dah tak sempat dek kerana asyik masyuk melayan the kids makan.

So kek princess yang indah tu ku tangguhkan dulu sampai hari ahad, lepas iftar (mula2 ingat during iftar nk potong, tp fikir nanti sume takde feel nak makan kek), so lepas iftar aku call sume cousin2 diorang ni suh mak2 diorg pos diorang kat rumah nenek. Dan lepas maghrib kitorang head ke rumah nenek untuk celebrate dengan cousins diorang yang ramai & kecik2 belaka tu... Alhamdulillah seronok la si birthday girl ni diraikan oleh cousins and nenek! Oh lupa... ada lagi princess kecik (Iman) yang nangis2 suruh celebrate juga her birthday lagi dan aku pun suh yulie sedia nama Iman & Kausar....adehh jealous rupanya.

Friday, August 27, 2010

Queen, birthday and the birthday present!

Kadang2 kita ni bila marah, marah tak hengat. Kalau kena kt anak2 tu memang kesian kadang2. Ala sometime bukan le marah sangat pun just jegilkan bijik mata pun anakku yg sorang ni leh nangis. Kausar ni memang gadis yang amat sensitip. Ikut sape tak tau. Mama dia sangat la the keras kepala. Mungkin ikut ayah kot. Ayah dia mmg pantang if orang cakap kasar, mula la terasa hati (or sakit hati :)) .. ha tu petua ye dari saya sesape nk deal ngan my other half ni mesti la kena berlemah lembut gitu, sure minta tolong apa pun dia buat. Enough said, melalut dah. Masa aku leka di laptop ni kausar menghulurkan sekeping surat kepada ku. Ingat kan apa la.. Tapi punya la terharu mama... hangin macamana pun mama dia... di kacamatanya tetap mama hebat... Adeh... mama lak sensitip. Anyway ni dia ditulis Kausar demi meminta maaf dari mamanya... Sedey...

Di matanya aku tetap queen!

Ok... maybe dah lewat nak ucap thanks to kawan2 for the well wishes on my birthday hari tu. Me pun tak expect sambutan besar-besaran sempena naiknya satu anak tangga umur ni (adeh...tua dah..). Alhamdulillah tapi sweet memories ever... kengkawan sume ingat n berebut2 nak wish via buku muka. Itu more than enough, tanda ingatan semua. Really terharu and appreciate it. Hubby lak bought birthday cake yang ditempah khas dari wife seorang office mate yulie. Sangat sedap and kena dgn tekak anak2 tu makan time berbuka dan sahur lagi!. Berbaloi rasanya daripada beli dari kedai resepi rahsia. Insyaallah pasni nk order kt dia je for any occasion yg memerlukan aku menghadirkan kek (sudah tentu birthday anak2 la...apa lagi).

thanks abang for the cake!

Utk diriku sendiri, ku bagi hadiah (hehe) walaupun reached me the very later... but seronok sangat dan sekarang ku sudah lagi memikir untuk menghadiahkan diri ku yang lain lagi... :) ...yeeehaaa...kumpul duit lagi :P

hadiah for myself! :P

Thursday, August 12, 2010

Salam Ramadhan

Harap tak terlambat untuk mengucapkan salam ramadhan untuk semua. Moga ibadah kali ini membawa keberkatan dan rahmat untuk kita semua.

Pagi tadi selepas sahur saja isi masa lapang melayari u tube nak dengar bacaan surah al-mulk dari Syeikh Mishary. Hati jadi sayu teringat the very last moment arwah ayah bertarung dengan koma sehingga menghembus nafas terakhir...
Tak tau kenapa but bacaan surah al-Mulk sangat menyentuh hati. Teringat hari-hari kami ditemani bacaan ini sepanjang ayah koma, selepas dia meninggalkan kami dan sekarang everytime rindu kat ayah, surah ini lah seolah menyampai salam rinduku untuk dia.

Semoga Allah tempatkan Ayah dikalangan orang-orang yang soleh dan beriman. Al Fatihah.

Kukongsikan untuk kita hayati bersama.

http://www.youtube.com/watch?v=SQmbq_YXp8s

Ini terjemahannya.

http://www.iiu.edu.my/deed/quran/malay/

Tuesday, July 27, 2010

Cubaan Pertama

Last weekend cuba buat kuih puteri ayu dan apam eno selepas puas merayau cari resepi. Alhamdulillah dapat good recipes utk kuih puteri ayu dari adik rihanna di moscow. Bagus dia ni muda lagi dah rajin buat kuih tradisional macam ni nak banding dgn akak yg baru je nak mencari resepi :P... Thanks dik Rai. Untuk apam eno resepi zara kelate lak dapat dari mamafami. Mudah sangat membuatnya. Jom la cuba.
Kuih Puteri Ayu...sedap tau!

Apam eno. Ada yang mekar, ada yang tak. Nak kena cuba lagi sampai berjaya...

Kuih-kuih ini sedang sedia untuk diterbangkan ke rumah kaklong...ada kenduri. Sape nak tempah bleh la... dipersilakan :))

Tuesday, July 20, 2010

Daddy's little girl

Sweet... daddy had his own sweet time with his little girl! Kena paksa read the little mermaid. Paling kelakar when daddy asyik kena answer all the questions about merliah, zuma and all the characters in the book! Mana la daddy kenal diorang tu semua...hehe

1..2..3..4 summer sunshine...lalala

Sunday, July 18, 2010

Hobi

Alhamdulillah weekend yang indah dengan cuaca yang redup berangin. Hujan pun renyai-renyai. Hari ni hari berehat dah lepas fetch anak-anak balik tuition and lepas kitorang bershopping tadi (we hv 2 hours to kill sementara tunggu anak2 habis tuition, selalunya masa ni la nak berdating dgn cik hb).

Since hari ni tak masak (macam la hari2 masak :)) kitorang lunch kat luar. So ringan la sikit kepala balik rumah dah tinggal rehat je la sambil melampiaskan hobi2 ku hehe. Dari semalam aku dah set target nak habiskan jugak buku yang aku baca ni walaupun dah lamaaa sangat beli. Nak habiskan dua2 buku ni. Ya Allah memang recommended untuk dijadikan teladan untuk ibu-ibu, bapak-bapak...sebagai rujukan dalam mendidik permata hati kita.

Buku ni ada 2 jilid. Takde jual rasanya kat major bookstores. Kt Melaka ni aku cari di kedai buku Muhammad Salleh baru jumpa.

Sunday, July 11, 2010

Missed Events

Just to share some events that i missed posting...

muffin blueberry yg tak cantik (tp sedap hehe...) utk minum petang seisi keluarga...
tara..!! ni gmbar before bake.. after bake tak sempat snap...

blueberry cheese tart in the making!
brownies utk minum petang. Yumm...yumm...!

majlis bertunang rumah 'ibu'... selamat bertunang Alang!
mee bandung @ RFC... not bad! boleh datang makan lagi.
some survey on tadika...nice!
cantik kan pelamin ni?

Tuesday, June 29, 2010

Iman is 4!

Alhamdulillah dipanjangkan umur dapat entry lagi walaupun dah gap lama sangat from the last entry. Takpe lah. Just baru sempat today nak entry pasal Iman turn 4 yesterday. Alhamdulillah. Dah besar (ke kecil lagi?) anak mama. Masih jelas lagi di ingatan on the same day 4 years ago mama berhempas pulas dalam labor room. Being forcep after few tries (mama dah tak larat) and Iman was senget sikit masa tu not really intact. Alhamdulillah with the help of the Dr. plus support from student nurses masa tu (thanks a lot!), Iman selamat dilahirkan. Ayah paling suka dapat lagi another baby girl after 4 years! Memang la saat mengulit si kecil Iman paling the best moment in the world! Tak caya cuba tengok gambar2 sini...so cute chubby Iman...



Iman when she was a baby... she is still though...

Tuesday, February 9, 2010

I'm back!

I'm back, again after quite a long silent. Silent in posting but not in physical life!

Time runs so fast. Already 2 months after the school session begins. With Imraan now in Std 4, Abid Std 3, Kausar in Std 2... life is a bit hectic. The 1-hr lunch time is the time to fetch them from SK and send them to SRA, with Imraan in Tahap 2, their timetable is almost different everyday. Abid's taekwando class on thursdays... sekolah agama the whole week monday-wed for abid and kausar, wed-fri for imraan...

With the long schedule during weekday 7.30am to 6.30 pm... i've finally decided to stop them for a while for tuition classes in weekend. I want to let them feel and enjoy their free time. So no tuition class for this year but extra job for me to closely monitor them so that they are not lost track!

Ok just a little update to just let everybody know my presence! hehe