Sunday, March 22, 2009

Family Day di A Famosa Resort

Dah lama nak post pasal Family Day kitorang yg dibuat di A Famosa Resort hari tu. Sebenarnya plan ni lama dah sejak masa arwah ayah ada lagi. Tapi terhenti bila ayah makin tak sihat. Hinggalah awal March lalu, dapat direalisasikan plan ni. Tujuan asal saja nk bawak mak hiburkan hati. Tapi adik2 ku insist nk buat program macam2, sukaneka la, barbecue la. Hmm...ikutkan aje la. Yg penting semua seronok. Semua acara bermula petang lepas asar. Apalagi cucu2 nenek la yg paling enjoy, sukaneka & swimming. Itu part budak2. Part mak2 budak pulak cuma berpeluang berendam kt pool waktu malam hehe...nasib la keceburr sume penuh pool!
Malam buat tahlil ringkas utk arwah ayah lepas solat isyak. Sedih mak. Sepatutnya memang datang sini dengan ayah. Tapi mak terubat juga bila tengok anak2 cucu semua disampingnya. Lepas santap barbecue tu la mak2 budak amik alih swimming pool. Last skali ada acara penyampaian hadiah utk para pemenang eceh.....berbaris cucu nenek sume amik hadiah! Memang seronok sangat kali ni dapat berkumpul 10 anak mak, campur menantu sume, dan cucu2 yg seramai 17 orang tu! Riuh rumah dibuatnye. Walaupun cuma satu malam, tapi percutian keluarga yang paling happy rasanya. Insyaallah ada plan next time pergi jauh sikit dan cuti lama sikit. Semoga ikatan kekeluargaan Allahyarham Hj Abu sentiasa utuh. Amin...
Lovely cousins!

Acara tiup tepung!

Belon siapa paling jauh!

Si kecik rebut bear!

Bapak-bapak budak...

Nak berangkat pulang dah...

Tuesday, March 17, 2009

Muesli Bar

Berdesup2 lak kali ni meng'entry' resipi ye. Hmm ni wat malam tadi dek kerana teruja dengan muesli bar oleh sis lemongrass gak. Pun resipi simple 'mimple' (err...ade ke word ni?). Dan jugak betullah katanya mmg susah nak berenti mengunyah makan ni slice by slice. Yg crumble2 pun sedap!. Tengah malam hb bangun pun leh request nak makan ni. Ishh... cam nak kena buat lagi ni. Cumanya anak2 dah berapa gemar sultanas dan peanuts tu nk kena hancurkan sket lagi pasal Abid anakku ni takde gigi! hehe... Dan kena reduce kan baking time to maybe 20-25 mins je sbb put 30 mins dah terbrown sket (ke oven aku ni wat hal...wallahualam). Tapi memang la tak perlu la beli lagi pasni, nak diet amik ni je wat breakfast or throughout the day kt office eh...(tp jgn over consume, nnti kang tak leh kira diet dah hehehe).
Ni abaikan lah rupa dia yg ter'brown' tu, rasa dia tetap besshh!

Apple Pie

Yummy...yummy...yey dapat buat apple pie resepi yang best ni. Dapat dari sis lemongrass from Perth! Jauh tu hehe. So easy-peasy gak membuatnya. Cuma few minutes jek. Tang ni mmg cik hb puji melambung-lambung, Best! dia kata. Sekejap je dah licin tak sempat tunggu malam sekali hadap je. Tetiba ada lak permintaan suh buat blueberry pie...walla...Abid...mana la mama nak cari blueberry ni nak ooi...

Peminat setia mama...Kausar, apa2 mama buat pun dia yg nak test dulu...hehe

Selepas beberapa detik...

Ayam Teriyaki

Uwwaa...dah lamanya tak update blog nih. Asyik dok stuck ngan ketupat sotong hehe. Ok ok, ni nak tunjuk ayam teriyaki yang ku buat last weekend. Confirm sedap! (perasan lah ni..). Tak sangka lak anak2 suka sangat dengan masakan ayam camni, ingatkan diorg nih suka ayam goreng or kari ayam jek!. Bleh la if nk buat utk barbecue nanti. Resipi amik dari blog hana lagi. Ayam teriyaki ni paling senang membuatnya, gaulkan ayam, madu, kicap manis, halia parut, bawang putih dan sedikit garam. Perap dalam 1 jam dan bakar kt non stick pan. See...senang banget membuatnya. Silap ari tu buat sikit aje. Nanti la beli ayam lagi wat banyak2 and eksport kt umah mak! (Adik2 ku, jgn mare ye...). Layann...

Sunday, March 1, 2009

Ketupat Sotong

Atas permintaan bonda tercinta..ku buat ketupat sotong ni utk santapannya hehe... Bukan apa mak first time makan ni masa gi kenduri rumah jiran, hmm sedap katanya tapi pepaham la kan makan kenduri takkan mcm makan wat sendiri. So mak mintak la aku carik resepinya dan cuba buat. Carik punya carik... (ceh lama nau carik, padahal busy je anak dia nih), ku jumpa resepi ni dari fotopages hanieliza. Cuba buat semalam dan Alhamdulillah menjadik. Walaupun anak2 ku tak menggemarinya (hanya aku n hb yg makan ni), tapi puas hati mak dapat makan lagi sotong ni. Nak resepi ambil sini.