Sunday, January 25, 2009

Roti Lapis Berdaging

Roti berlapis daging ni ku buat as breakfast tadi. Ni sebenarnya rancangan tergendala dari malam tadi. Tengah tumis2 inti daging ni ada power trip pulak kat rumah. So siap masak inti aku simpan je dlm peti ais (waktu aku simpan ni aku lupa lak peti ais pun sama la tak function ms trip ni) . Dah tu tak leh nak guna oven. Tu yg sambung buat utk breakfast. Alhamdulillah mmg meal yg mengenyangkan. Nk masak lunch pun mcm sume dah kekenyangan hehe.. tengok la lewat sikit la kot masak. Amik resepi ni dari hana punye blog (sokmo amik sini). Resepi hana dpt dari myr katanya. Cuma aku tak letak cheese tiap lapisan mcm hana letak. If nak cuba leh amik resipi sini.

Aku ni sdg duduk bergoyang kaki jek ni (hihi) sbb ada maid datang kemas rumah (pinjam kaklongnye maid). Bestnye jadik cik puan ni ek rupanya... Tp tak la sume dia buat. Aku suh yg aku tak mampu buat je (dgn kata lain - tak rajin) mcm lipat baju yg berbakul2 tu dan susun accordingly. Tu mmg aku fail la.

K nak kuar jap amik anak2 ku balik tuition.

Monday, January 19, 2009

Marble Cake for Breakfast

Esok breakfast kek aje! Hehe tp belum sempat tunggu esok, suku dah abis ni anak2ku makan. Ikut resepi african marble cake oleh tulip di myresepi.com. Walaupun kureng terserlah ke'marble' annya, namun kek mmg cukup gebu dan mantap hihi... Memang senang adunannya main masuk2 je. Ringkas and yet sedap. Cukup la ni siap sekali bekal anak2ku esok. Mmg seminggu dua ni sume mintak bekal pasal nak kumpul duit beli toys. Ceh!
atas je ada lorek tak sampai ke dalam pulak coraknya

Sunday, January 18, 2009

Roti Jala Kari Daging

Buat ni utk breakfast semalam. Berebut2 anak2 ku makan pasal ni mmg favourite diorg. Lepas je breakfast ada tetamu lak. So tetamu langkah kaki kanan lah dapat makan roti jala cicah kari. Berkat hehe...

Monday, January 12, 2009

Baked Macaroni & Cheese

Baked macaroni & cheese for dinner semalam. Biasa buat yg simple2 je tabur cheese but ikut resepi ni siap ada sos cheese and memang best la. Nak tengok resepi leh belek koleksi resepi diana. Cumanya aku olah pasta/macaroni goreng tu ikut citarasa sendiri sbb mmg tak guna pasta sauce ready made yg jual tu. Hari ni anak2 request lagi dinner yg sama (mmg ada lagi 2 casserole lagi aku saja simpan sbb resepi ni mmg leh dapat banyak). So aku layanlah kehendak budak2 ni walaupun aku dah larang diriku amik meal ni selalu uwwaaa...

Sunday, January 11, 2009

Nasi Lemak Sambal Udang 'simple'

Masak nasi lemak sambal udang paling simple semalam untuk breakfast cum lunch! Inilah akibat jika wabak 'M' melanda tukang masak ek! Tapi nasib la rakyat kat rumah ni tak kisah dapat makan nasi lemak. Ku panggil nasi lemak simple pasal wat ikut bahan yg available kat dapur. Takde kacang goreng pasal tak kuasa nak gi kedai semata2 nk carik kacang. Tambahan lak hari ni laundry day. Hari utk ku dan en. hb menyelesaikan tuntutan baju2 (uwwaaaa berbakul2 nak di mesin plus baju sekolah lagi). Baju sekolah mmg ku tak basuh hari2 sbb ku dah siap beli cukup2 utk seminggu. Untuk lunch ku top up dengan cencaru bakar cicah sambal kicap. errkkk Alhamdulillah. Konyang!

Friday, January 9, 2009

Bunga apa ni eh?

If any of you pernah came across this type of plant...bunga apa tu eh yang tengah lajunya naik kat depan rumahku ini. Hehe tu la en.hb ku ni main tanam je tapi bila tanya 'tatau' dia kata. Kena tanya pakar le pulak. If sape2 tau, pm aku ye... nanti ku masukkan sini pemenangnya! Muaahhaa... Mula2 tanam pokok ni mmg takde bunga camni dah almost 2 tahun tanam, baru ni nak naik bunganya. Cantik le pulak kan?
Hmm...what a mixed feeling today. Just got a news officemate aku tender resignation today. What a breaking news! Tergezut aku dibuatnya. Takde ribut, takde angin tiba2 dia bagi tau baru je hantar surat tender. Aduss... how i wish to be like her. Boleh settle down jadi fulltime housewife. Dah ler hb specialist, own a clinic lagi... hmm takpe la, mungkin ada yg terbaik menanti aku di depan sana. Buat en. hb ku, jangan kecik ati ye if tgk aku moody ari nih. Still in a shock state la sikit but recovering now... Minggu ni pulak anak2 tak berapa sihat. Kena muntah2 termasuklah org yg tengah tulis ni ha. Tak tau la kenapa bukan kena serentak. Selang sehari sorang2 kena muntah2. Hari ni pulak dengar ibu pengasuh diorg lak kena. Memang kena hati2 la sekarang kata dr. mungkin faktor cuaca or air yg tercemar. Dr. advise if masak air tu kena lama2 eventhough air dah mendidih pun. K kawan2 hati2 ye. Dengar la nasihat pakar.

Saturday, January 3, 2009

Instant Paratha Puff

Hari ni wat breakfast puff daripada instant paratha brand Kawanku. Ambil resepi dari forum cari.com. Buat tak banyak sbb nak rush pergi sekolah daftarkan kausar masuk darjah satu dan bayarkan yuran sekolah imraan & abid sekali. Ni gambar sebelum & selepas dibakar.
Sebelum dibakar.

Selepas dibakar.

Thursday, January 1, 2009

My very first cuppies

Buat cuppies ni sempena birthday hb 30 Dec hari tu. Projek ni dah tertunda agak lama...hehe kebetulan cuti tahun baru hari ni so aku pulun arr sorang2 kt dapur.Mula2 ingat nak buat kek biasa, tp konon2 nak try lain pulak, so aku buatla cupcakes ni. Tapi aku tukar jadi muffin plus decorate toping buttercream. Tengok la hasil kerastangan ku ini. Aku pakai toping butter+creamcheese+icing sugar je. Mmg rich betul rasa creamcheese nya. Ignore je la rupa2 decoration yg tak berapa jadik tu eh. Budak baru belajar hihi... Yg penting hb and anak2 enjoy. Selamat hari lahir ya dear. Semoga sentiasa dirahmati Allah.

Lepas solat isyak ni mata pun dah berat dah ni...nak babam dulu eh...


Wida' hijrah 1429
Marhaban hijrah 1430
Wida' masihi 2008
Marhaban masihi 2009

Wassalam.