Friday, September 3, 2010

Putus Sudah Kasih Sayang

Sedih sungguh kan bunyinye tajuk di atas tu. Hati aku sekarang sayu semacam je... tambah-tambah nak raya ni. Bukan apa... since last 2 weeks anak-anak ku kini tidak lagi berada di bawah jagaan pengasuh diorang yang mesra dipanggil Ibu. Sedey weii... Sian anak-anakku. Diorang lagi sedih tak dapat lagi belaian kasih Ibu since mereka memang close dan manja sangat2 dengan ibu. Iman especially asyik merayu-rayu minta dibawa ke rumah Ibu. Aihh... sekarang ni tiap-tiap pagi dalam dilema coz kena softly pujuk dia tinggal rumah nenek. Bukan sebab dia tak nak tinggal dengan nenek (which dia selalu nak pegi pon kalau ada ramai2), tapi sebab for her dah macam satu sistem routine that bila mama kerja, dia stay kat rumah Ibu. Dilema betul la...

Story pasal Ibu, dia kebelakangan ni tak sihat sejak menjalani operation hari tu. Kena banyak rest and tak boleh renyah2. So nak menjaga Iman tu amat la tak possible dengan keadaan dia sekarang. Lagi pun dia nak prepare kesihatan sebelum ke Mekah (insyaallah) by October ni.

Nak cerita tentang how aku mula kenal ibu. Ingat lagi last 10 years, masa tu aku tengah pregnantkan Imraan. Dah nak dekat due jugak masa tu tapi belum jumpa satu pengasuh pun untuk bakal baby ku. Masa tu satu pagi aku dan hb gi breakfast kat satu kedai ni dan kebetulan terjumpa kawan lama dia. Kawan dia ni pula baru je pindah dari rumah yang disewa dari tuan rumah ni iaitu Ibu ni lah dan keluarganya. So dia pun bagitau latar belakang Ibu serba sedikit ttg Ibu yang pernah juga mengasuh budak dan entah macamana aku rasa ada chemistry pulak walaupun belum jumpa pun. So i follow my instinct. Maka weekend tu teruslah kami gi rumah Ibu. Mula-mula introduce kami ni kawan si *** yang duduk rumah tu dulu. So dia ajak masuk dan kami pun berbual lah sebelum menyatakan hajat datang ke situ. Tapi Ibu tak katalah setuju terus. Dia tanya je bila waktu aku dijangka bersalin. So kami pun balik lah. 14 July 2000, aku bersalin kan Imraan. Masa ni aku cam tak fikir langsung siapa akan jaga baby bila aku dah habis cuti bersalin nanti. So aku menjalani hari berpantang dengan tenang hingga satu hari dapat call dari Ibu. Dia tanya aku dah bersalin ke. So aku pun bual2 dengan dia serba-sedikit. Masa tu dia still tak kata setuju nak jaga lagi. Dia cuma suruh datang rumah je bila dah habis pantang nanti jalan2 bawa baby. So lepas pantang aku bawa lah baby gi visit rumah dia. Masa tu ingat lagi semua anak2 nya ada masa tu early teens lagi anak2nya. Diorang seronok betul main2 dengan baby. Aku pun sukalah. So kami bual2 and sampai masa balik baru dia tanya bila start kerja dan terus kata "ha nanti hantar je anak sini" Masa tu ya Allah bersyukur sangat2 sebab dia setuju jaga anak ku. Ye lah nak cari somebody yang kita rasa trust dan tengok dia ikhlas sangat nak jaga.. bukan senang kan zaman ni. Sampai kan aku tanya berapa nk bayar sebulan pun dia kata terpulang kat kitorang. Sejak itu bermula lah relationship kami yang dah macam saudara bagi ku. Sebabnya family Ibu ni memanggg sangat2 penyayang la.

Since year 2000 anakku bertambah year after year semua dia jaga (bukan setakat jaga tau.. belai, didik, asuh.. ). Alhamdulillah aku sangat2 menghargai mereka sekeluarga. Almost every month ada je baju2 ke, toys ke untuk anak2 ku. Dia tahu apa yang anak2 ku suka dan tak suka yang kadang2 aku pun tak tau. Dari Imraan, Abid, Kausar dan Iman, dia tau segala ciri2 diorang. Weekend pun kdg2 call tanya anak2 makan apa, dah mandi ke belum, tengah buat apa. Tu yang buat aku sedih sangat2 sekarang bila dia dah tak dapat nak jaga lagi.

Bayangkan Iman masih dimasukkan buaian if nak tidur, anak2 semua bab sekolah agama petang jangan cakap, siap duit poket dia bagi, air dia sediakan siap ikut flavour yang masing2 suka - lain2 jenis lak tu. Makan lagi jangan cakap la. Pantang anak2 ku sebut je, mesti dimasak. Yang paling sedih Iman la sebab dia cuma dapat lebih kurang 4 tahun je dibelai Ibu compared tu yang lain2. Sedih sangat bila tengok airmata Iman meleleh pagi2 nangis nak Ibu. Aduhai.. aku pun jadi sedih dibuatnya. I know every mom pun mesti rasa macam ni kan kalau pengasuh yang anak kita sayang sangat2 dah tak dapat nak jaga lagi. Of course, relationship bagai saudara ni aku takkan putuskan la sampai bila2. Insyaallah aku akan jaga dan make sure anak2 aku treat Ibu macam ibu kandung jugak sampai diorang dewasa nanti Insyaallah. Takkan aku lupa jasa Ibu. Uwwaa... time aku taip ni pun air mata dah bergenang ni. Sedih sangat!.

Aku doakan moga-moga Ibu cepat sembuh dan selamat menunaikan Haji. Dan mudah-mudahan balik Haji nanti (aku selalu doa ni) dia call aku satu hari dan cakap "ida, hantar la budak2 sini esok". Uwwaa... boleh ke camtu? Aku pun serba salah aku tak sampai hati gak tengok dia tak sihat dan tau dia perlu prepare untuk ke Tanah Suci. Ya Allah.. permudahkanlah segalanya.

To Ibu, jasamu sangat2 dihargai. Hanya Allah yang boleh membalasnya. Moga Ibu diberi kesihatan yang baik, selamat pergi dan balik dan semoga mendapat Haji yang mabrur nanti. Amin...

Sedihnya....

Thursday, September 2, 2010

Birthday Princess

Lewat sikit nak update my another girl turns 8 last Saturday (28/8). Memang every year since June dah ada series of birthday yang nak kena celebrate, Iman (28/6), Imraan (14/7), Abid (1/8), Myself (17/8) and terbaru Kausar (28/8)! -- adus penat menaip nombor!
Birthday ayah? Sorry, lambat lagi.. hujung tahun ye.

So last Saturday saja buat surprise untuk si princess ni. Order from yulie untuk buat kek princess. Siap special delivery lagi. Thanks to yulie n hubby sampai gak ke rumah walaupun sesat at first :). Tapi when look at the cake tu mmg betul la dia ni mendecorate with heart n passion. Dah minat kan. Aku minat gak sebenarnya baking n such ni... tp cumanya sangat keras tangan... : )) Read yulie punye the inside story buat kek princess ni sure la if aku buat langsung hancur kek tu... Tapi really amazed with the hasil yang yulie buat ni! Yang penting si birthday girl suka! And thanks lagi banyak2 to yulie.... Maaf jika mencelarukan hidupmu seketika.. hihi
Ini la dia my sweet and adorable and chubby (and cengeng...hihi) birthday girl - Kausar

and taraa...ni dia princess cake utk si birthday girl

(*sorry mutu gambar tak memuaskn langsung krn camera hp je bukan dslr eh)

To further celebrate... kitorang bawa the kids gi iftar kt M**kota hotel. Seronok betul diorang enjoy the food there. Memang la banyakkk choice and yg penting ada ice cream to make them fully occupied...so mom n dad can enjoy the food juga dgn nyamannya! Actually bukan la nk celebrate sangat but saja nak encourage them since setakat ni semua manage to puasa penuh dengan jayanya! Alhamdulillah, this year anak-anakku tak banyak kerenah. Mereka relax je puasa tak terlalu lemah longlai macam last year. Alhamdulillah.

Tapi gambar2 food memang la tak sempat snap kerana dah tak sempat dek kerana asyik masyuk melayan the kids makan.

So kek princess yang indah tu ku tangguhkan dulu sampai hari ahad, lepas iftar (mula2 ingat during iftar nk potong, tp fikir nanti sume takde feel nak makan kek), so lepas iftar aku call sume cousin2 diorang ni suh mak2 diorg pos diorang kat rumah nenek. Dan lepas maghrib kitorang head ke rumah nenek untuk celebrate dengan cousins diorang yang ramai & kecik2 belaka tu... Alhamdulillah seronok la si birthday girl ni diraikan oleh cousins and nenek! Oh lupa... ada lagi princess kecik (Iman) yang nangis2 suruh celebrate juga her birthday lagi dan aku pun suh yulie sedia nama Iman & Kausar....adehh jealous rupanya.