Thursday, August 12, 2010

Salam Ramadhan

Harap tak terlambat untuk mengucapkan salam ramadhan untuk semua. Moga ibadah kali ini membawa keberkatan dan rahmat untuk kita semua.

Pagi tadi selepas sahur saja isi masa lapang melayari u tube nak dengar bacaan surah al-mulk dari Syeikh Mishary. Hati jadi sayu teringat the very last moment arwah ayah bertarung dengan koma sehingga menghembus nafas terakhir...
Tak tau kenapa but bacaan surah al-Mulk sangat menyentuh hati. Teringat hari-hari kami ditemani bacaan ini sepanjang ayah koma, selepas dia meninggalkan kami dan sekarang everytime rindu kat ayah, surah ini lah seolah menyampai salam rinduku untuk dia.

Semoga Allah tempatkan Ayah dikalangan orang-orang yang soleh dan beriman. Al Fatihah.

Kukongsikan untuk kita hayati bersama.

http://www.youtube.com/watch?v=SQmbq_YXp8s

Ini terjemahannya.

http://www.iiu.edu.my/deed/quran/malay/

No comments: