Wednesday, December 10, 2008

Hari ni MC

Aku kena bengok (mumps)!. So doktor bagi MC smpai Jumaat. Lega...boleh la rest. Kepala pun sakit kesan dari bengkak ni. Demam dah ok sikit. Iman & Kausar aku tak hantar ke rumah Ibu (pengasuh diorg). Saja nak spend masa dengan diorg. Cuma Imraan & Abid je hantar sebab mereka ada swimming class hari ni so lepas kelas hb J trus hantar ke rumah Ibu. Tengahari pulak tengah relax2 dapat tetamu pulak, saudara hb. Nak tengok rumah kata diorang (mungkin diorg tengah plan nak buat rumah kot). Haha...sure tergezut tgk rumah mcm tongkang pecah ni. Mana sempat kemas tak sampai weekend lagi (selalu kemas weekend je :P). Lepas diorang blah aku pun ajak budak2 tu chao... gi Jusco. Tiba2 rasa nak 'membeli-belah'. Sakit-sakit pun jadik je... kata hb bila tiba2 aku call dh sampai Jusco. Ok la jugak dapat la beli barang2 sekolah budak2 serba-sedikit. Beli barang basah jugak pasal ye la lama cuti ni. So kena la ada bahan mentah nak masak. Lepas gi Jusco singgah rumah mak jap makan lunch lepas tu singgah rumah Ibu ambil Imraan & Abid. Hari ni dapat la buat minum petang untuk anak-anakku2. Masa ni la terfikir bila la aku nak jadi 'stay-at-home-mom' and spend masa sepenuhnya dengan anak2. Wallahua'lam tunggu la plan B aku ni menjadik... Hmm...malam pulak dinner simple je kuew teow kungfu coz anak2 & hb dah kenyang. K lah Iman dah merengek2 je nak menyusu agaknya tu. Layan roti sosej & kuew teow kungfu kat bawah ni jap eh.

Roti sosej lapis dengan cheese slices.

Iman nak dua!

Boleh tahan la...tekak pun tak leh nak gi makan nasik so ini pun ok. Yg penting anak2 suka.

No comments: