Thursday, September 2, 2010

Birthday Princess

Lewat sikit nak update my another girl turns 8 last Saturday (28/8). Memang every year since June dah ada series of birthday yang nak kena celebrate, Iman (28/6), Imraan (14/7), Abid (1/8), Myself (17/8) and terbaru Kausar (28/8)! -- adus penat menaip nombor!
Birthday ayah? Sorry, lambat lagi.. hujung tahun ye.

So last Saturday saja buat surprise untuk si princess ni. Order from yulie untuk buat kek princess. Siap special delivery lagi. Thanks to yulie n hubby sampai gak ke rumah walaupun sesat at first :). Tapi when look at the cake tu mmg betul la dia ni mendecorate with heart n passion. Dah minat kan. Aku minat gak sebenarnya baking n such ni... tp cumanya sangat keras tangan... : )) Read yulie punye the inside story buat kek princess ni sure la if aku buat langsung hancur kek tu... Tapi really amazed with the hasil yang yulie buat ni! Yang penting si birthday girl suka! And thanks lagi banyak2 to yulie.... Maaf jika mencelarukan hidupmu seketika.. hihi
Ini la dia my sweet and adorable and chubby (and cengeng...hihi) birthday girl - Kausar

and taraa...ni dia princess cake utk si birthday girl

(*sorry mutu gambar tak memuaskn langsung krn camera hp je bukan dslr eh)

To further celebrate... kitorang bawa the kids gi iftar kt M**kota hotel. Seronok betul diorang enjoy the food there. Memang la banyakkk choice and yg penting ada ice cream to make them fully occupied...so mom n dad can enjoy the food juga dgn nyamannya! Actually bukan la nk celebrate sangat but saja nak encourage them since setakat ni semua manage to puasa penuh dengan jayanya! Alhamdulillah, this year anak-anakku tak banyak kerenah. Mereka relax je puasa tak terlalu lemah longlai macam last year. Alhamdulillah.

Tapi gambar2 food memang la tak sempat snap kerana dah tak sempat dek kerana asyik masyuk melayan the kids makan.

So kek princess yang indah tu ku tangguhkan dulu sampai hari ahad, lepas iftar (mula2 ingat during iftar nk potong, tp fikir nanti sume takde feel nak makan kek), so lepas iftar aku call sume cousin2 diorang ni suh mak2 diorg pos diorang kat rumah nenek. Dan lepas maghrib kitorang head ke rumah nenek untuk celebrate dengan cousins diorang yang ramai & kecik2 belaka tu... Alhamdulillah seronok la si birthday girl ni diraikan oleh cousins and nenek! Oh lupa... ada lagi princess kecik (Iman) yang nangis2 suruh celebrate juga her birthday lagi dan aku pun suh yulie sedia nama Iman & Kausar....adehh jealous rupanya.

Friday, August 27, 2010

Queen, birthday and the birthday present!

Kadang2 kita ni bila marah, marah tak hengat. Kalau kena kt anak2 tu memang kesian kadang2. Ala sometime bukan le marah sangat pun just jegilkan bijik mata pun anakku yg sorang ni leh nangis. Kausar ni memang gadis yang amat sensitip. Ikut sape tak tau. Mama dia sangat la the keras kepala. Mungkin ikut ayah kot. Ayah dia mmg pantang if orang cakap kasar, mula la terasa hati (or sakit hati :)) .. ha tu petua ye dari saya sesape nk deal ngan my other half ni mesti la kena berlemah lembut gitu, sure minta tolong apa pun dia buat. Enough said, melalut dah. Masa aku leka di laptop ni kausar menghulurkan sekeping surat kepada ku. Ingat kan apa la.. Tapi punya la terharu mama... hangin macamana pun mama dia... di kacamatanya tetap mama hebat... Adeh... mama lak sensitip. Anyway ni dia ditulis Kausar demi meminta maaf dari mamanya... Sedey...

Di matanya aku tetap queen!

Ok... maybe dah lewat nak ucap thanks to kawan2 for the well wishes on my birthday hari tu. Me pun tak expect sambutan besar-besaran sempena naiknya satu anak tangga umur ni (adeh...tua dah..). Alhamdulillah tapi sweet memories ever... kengkawan sume ingat n berebut2 nak wish via buku muka. Itu more than enough, tanda ingatan semua. Really terharu and appreciate it. Hubby lak bought birthday cake yang ditempah khas dari wife seorang office mate yulie. Sangat sedap and kena dgn tekak anak2 tu makan time berbuka dan sahur lagi!. Berbaloi rasanya daripada beli dari kedai resepi rahsia. Insyaallah pasni nk order kt dia je for any occasion yg memerlukan aku menghadirkan kek (sudah tentu birthday anak2 la...apa lagi).

thanks abang for the cake!

Utk diriku sendiri, ku bagi hadiah (hehe) walaupun reached me the very later... but seronok sangat dan sekarang ku sudah lagi memikir untuk menghadiahkan diri ku yang lain lagi... :) ...yeeehaaa...kumpul duit lagi :P

hadiah for myself! :P

Thursday, August 12, 2010

Salam Ramadhan

Harap tak terlambat untuk mengucapkan salam ramadhan untuk semua. Moga ibadah kali ini membawa keberkatan dan rahmat untuk kita semua.

Pagi tadi selepas sahur saja isi masa lapang melayari u tube nak dengar bacaan surah al-mulk dari Syeikh Mishary. Hati jadi sayu teringat the very last moment arwah ayah bertarung dengan koma sehingga menghembus nafas terakhir...
Tak tau kenapa but bacaan surah al-Mulk sangat menyentuh hati. Teringat hari-hari kami ditemani bacaan ini sepanjang ayah koma, selepas dia meninggalkan kami dan sekarang everytime rindu kat ayah, surah ini lah seolah menyampai salam rinduku untuk dia.

Semoga Allah tempatkan Ayah dikalangan orang-orang yang soleh dan beriman. Al Fatihah.

Kukongsikan untuk kita hayati bersama.

http://www.youtube.com/watch?v=SQmbq_YXp8s

Ini terjemahannya.

http://www.iiu.edu.my/deed/quran/malay/

Tuesday, July 27, 2010

Cubaan Pertama

Last weekend cuba buat kuih puteri ayu dan apam eno selepas puas merayau cari resepi. Alhamdulillah dapat good recipes utk kuih puteri ayu dari adik rihanna di moscow. Bagus dia ni muda lagi dah rajin buat kuih tradisional macam ni nak banding dgn akak yg baru je nak mencari resepi :P... Thanks dik Rai. Untuk apam eno resepi zara kelate lak dapat dari mamafami. Mudah sangat membuatnya. Jom la cuba.
Kuih Puteri Ayu...sedap tau!

Apam eno. Ada yang mekar, ada yang tak. Nak kena cuba lagi sampai berjaya...

Kuih-kuih ini sedang sedia untuk diterbangkan ke rumah kaklong...ada kenduri. Sape nak tempah bleh la... dipersilakan :))

Tuesday, July 20, 2010

Daddy's little girl

Sweet... daddy had his own sweet time with his little girl! Kena paksa read the little mermaid. Paling kelakar when daddy asyik kena answer all the questions about merliah, zuma and all the characters in the book! Mana la daddy kenal diorang tu semua...hehe

1..2..3..4 summer sunshine...lalala