Sunday, February 8, 2009

Masak Berempah Ketam

Kuah berempah ketam resepi mak utk lunch hari ni. Abis dah pun kejap je. Memula ketam ni ingat nk masak lain, tp last2 mak bg cadangan masak ni selepas calling2 mak. Tunjuk ajar kt telefon je tu. Kebanyakan org tau kot masak ni, cuma aku je yg first time cuba sendiri hehe. Resepi dia simple je rupanye...
Bhn2:
Sekilo ketam, potong ikut suka
2-3 ulas bwg merah
2-3 ulas bwg putih
sedikit halia
sedikit jintan
(tumbuk semua bhn2 atas nih - put aside)
sebatang serai - dititik
2 sudu besar cili mesin
2 sudu besar serbuk kari ikan/daging
1/2 sudu kerisek
(gaulkan cili, kari & kerisik)
Cara2:
1. Panaskan minyak then tumiskan bhn tumbuk (bwg merah/putih/halia/jintan)
2. Masukkan serai
3. Bila dh garing sket (jgn hangus), masukkan pulak bahan gaul tadi (cili/kari/kerisek)
4. Masukkan air sket supaya tak hangus tumisan ni (letak garam sikit masa ni)
5. Agak2 dh terbit minyak, masukkan ketam
6. Tutup kejap (dlm 3-5 mins)
7. Kemudian masukkan santan
8. Kacau dan tunggu smpai mendidih dan suaikan garam/perasa ikut suka
9. Siap!
Selamat mencuba!

No comments: